PENYANYI Wani Kayrie berkongsi berita duka apabila memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 pada Ahad. Menurut Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 21, dia disahkan positif virus berkenaan dan dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah. "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahkan? Sedih untuk memberitahu saya dan pengurus saya disahkan positif Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie bukan ‘show off’ CGPA, sekadar buktikan tak lupa pelajaran - “Kalau nak kata riyak, tunggu keputusan 4 flat” ARTIKEL BERKAITAN: Tutup komen ketika drama Dayang Senandung ditayang, Wani Kayrie elak netizen kembali berbalah isu ‘black face’ "Mohon doa semua ya. Setakat ini, Wani perlu kuarantin di rumah selama 10 hari atas nasihat doktor. Perkongsian Wani di Instagram. "Sesiapa yang kontak rapat dengan kami boleh swab test untuk langkah berjaga-jaga ya. Minta maaf sangat-sangat atas apa berlaku," katanya. Penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini memaklumkan mengenai perkembangan dirinya itu menerusi laman Instagram. Alhamdulillah deria bau dan rasa masih ada tapi sakit dia teramat sakit. Tak tipu! WANI KAYRIE PENYANYI Dalam pada itu, Wani berkata dia mengalami demam, sakit kepala dan batuk-batuk sejak beberapa hari lalu. Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar dirinya cepat pulih daripada jangkitan virus berkenaan. Wani perlu jalani kuarantin selama 10 hari. "Kami berdepan demam sejak dua hari lalu, sakit kepala, batuk-batuk, selsema dan sakit tekak. "Alhamdulillah deria bau dan rasa masih ada tapi sakit dia teramat sakit. Tak tipu. "Jagalah diri sebaik mungkin ya. Kita cuma ikhtiar apa yang mampu. Doakan kami cepat sembuh dan dapat bekerja seperti sedia kala," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!