PENAMPILAN istimewa pelakon Norlia Ghani semasa persembahan Datuk Fazley Yaakob di konsert minggu ketiga program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada Ahad lalu mengejutkan ramai penonton. Menurut Fazley, 43, dia sengaja mengundang bintang veteran itu sebagai gimik semasa menyampaikan lagu Yang Sedang Sedang Saja kerana mahu membawa mesej mengenai cinta tanpa mengenal usia. "Memang saya nak bawa mama (Norlia Ghani) dalam persembahan itu, walapun isu ini sensitif tapi saya kena nyatakan di mana kita selalu tengok ramai datuk-datuk bercinta dengan anak muda perempuan, tapi orang tak pernah utarakan percintaan lelaki muda dengan perempuan tua. ARTIKEL BERKAITAN: Fazley minta maaf nyanyi sumbang, rasa susah menyanyi lagu sendiri... Terkenangkan anak punca gementar atas pentas GV8 ARTIKEL BERKAITAN: Cari jodoh untuk ibu, Fazley Yaakob terima 30 resume calon bapa tiri - “Nanti saya datang rumah interview” "Jadi saya cuba nak mengadaptasikan satu realiti pada penonton bahawa percintaan itu tak mengira usia, walaupun perempuan itu lebih berusia daripada lelaki tapi kalau bercinta, ia tetap cinta! "Pada saya itu adalah realiti yang harus diterima, bukan untuk perli tapi untuk jentik pemikiran orang ramai bahawa tak kira umur, semua orang layak bercinta... yang penting adalah keikhlasan," katanya kepada mStar. Aksi Fazley Yaakob serah cincin kepada Norlia Ghani semasa persembahan di konsert minggu ketiga GV8. Dalam konsert minggu ketiga itu, Fazley menyampaikan lagu nyanyian asal Iwan dan menerima markah 54 peratus daripada juri profesional. Penampilan istimewa Norlia Ghani semasa persembahan itu mengejutkan penonton hingga ada yang tertanya-tanya mesej yang cuba disampaikan dalam persembahan itu. Apa yang saya cuba sampaikan adalah jangan pandang serong orang lelaki yang bercinta dengan wanita tua FAZLEY YAAKOB PENYANYI Sementara itu, Fazley berkata dia mahu menunjukkan bahawa perbezaan usia bukanlah penghalang untuk setiap orang melalui kemanisan cinta. "Kita tak boleh pandang enteng orang yang bercinta dengan wanita tua.... beberapa tahun ini saya tengok ramai lelaki bercinta dengan perempuan lebih berusia di Malaysia dan luar negara. Fazley bawa kelainan dengan mengundang Norlia Ghani dalam persembahannya itu. "Pada saya tak salah jika bercinta berbeza usia, sebab itulah saya nak tunjukkan isu ini dalam persembahan. "Apa yang saya cuba sampaikan adalah jangan pandang serong orang lelaki yang bercinta dengan wanita tua," ujarnya. Kesemua bintang GV musim ini diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz sementara Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan minggu ini. GV8 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya setiap hari Ahad pukul 9 malam. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!