suria

Kefli AF3 tak malu jadi penghantar makanan, anggap kerjaya itu bukan lambang kegagalan - “Jangan la sampai terkejut, macam mana perasaan rider lain”

Kefli bekerja sebagai penghantar makanan dan menguruskan gerai makan miliknya di Taman Sri Rampai.

NAMA bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Kefli tiba-tiba menjadi perhatian selepas perkongsian peminat di laman sosial yang terkejut mengetahui penyanyi itu kini menjadi penghantar makanan.

Kefli atau nama sebenarnya, Mohamed Zulkefli Mohamed Idir, 37, yang dihubungi mStar mengakui dia sudah setahun melakukan pekerjaan itu menyara keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama karya Siti Rosmizah tak trending, akui ‘Cukup Derita Itu’ hilang momentum kerana PKP

ARTIKEL BERKAITAN: Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000

81096633_116266986543420_1646255372509380608_n

Kefli mempunyai sebuah gerai makan Prapp Corner di Taman Sri Rampai.

Dalam masa yang sama, dia juga mempunyai sebuah gerai makan Prapp Corner di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, sejak 10 tahun lalu.

“Sekarang ni saya berniaga di Prapp Corner, dah lebih 10 tahun di sini. Bisnes agak perlahan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, saya pun buatlah apa yang patut untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi penghantar makanan.

“Saya dah biasa bawa motor, jadi memang tak kekok kalau nak melakukan pekerjaan macam ini," ujarnya kepada mStar.

Pada minggu lalu, tular perkongsian seorang peminat yang terkejut apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan.

Pembaca itu turut mendoakan Kefli sentiasa dilimpajkan rezeki walau dalam apa keadaan sekalipun.

Kalau diberikan peluang memang saya kembali semula dalam industri seni.

KEFLI

PENYANYI

Dalam pada itu, Kefli meminta masyarakat tidak berasa terkejut dan menyifatkan pekerjaan itu satu kegagalan.

Katanya, reaksi peminat terhadap kerjaya itu mungkin mengores hati penghantar makanan yang lain.

Dia juga mengakui tidak berasa malu dengan pekerjaan itu dan menganggap ia berbaloi dan mampu untuk menanggung anak, isteri dan ibu bapanya.

"Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga.

"So far Alhamdulillah boleh hidup, nak kata kaya tu tidaklah. Tetapi cukup untuk menampung anak dan isteri serta membantu ibu bapa.

fdgfdh

Kefli masih lagi berminat untuk beraksi semula dalam industri seni.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan memberi komen positif kepada saya. Kalau jumpa saya hantar makanan janganlah sampai terkejut, macam mana pula dengan perasaan rider yang lain?

“Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap sahaja menjadi penghantar makanan ini sama seperti pekerjaan lain di luar sana. Kerja ini berbaloi, kalau tak kenapa ramai yang jadi rider?” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang keinginan untuk beraksi semula dalam industri seni, Kefli berkata dia masih lagi berminat dan merancang untuk hasilkan sebuah single.

”Nak kata saya berhenti terus dari melibatkan diri dalam bidang seni itu tidaklah, cuma sedar sekarang ni ada banyak persaingan.

"Kalau diberikan peluang memang saya kembali semula dalam industri seni. Ada juga plan nak buat single, cuma kalau ditanya bila itu saya masih tak pasti lagi,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain