SELEPAS mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat. ARTIKEL BERKAITAN: Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000 ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal nak lari keluar Malaysia, penat hadap hinaan... Kali ini foto wajah disunting dengan tubuh lelaki berseluar dalam "Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. Hati Iqbal belum terbuka menerima cinta selepas putus dengan Vida. "Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. "Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat," katanya kepada mStar. Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung. Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. "Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. "Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak. "Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Hati Iqbal terbuka untuk ambil anak angkat. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa. "Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!