suria

Timang anak keempat, Almy Nadia syukur Fizz Fairuz teman dalam bilik bersalin... Siap tolong urut kaki walaupun mengantuk

Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata keempat pagi Rabu.

ISTERI kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka di sebuah pusat perubatan, pada pukul 3.49 pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan proses bersalin isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran, netizen cadang Almy Nadia henti buat ulasan makanan - “Itu amanah Allah dan rezeki untuk anak-anak saya”

"Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin, terima kasih kepada semua yang mendoakan.

"4-0 keputusan sekarang," tulisnya di Instagram yang membawa maksud anak keempatnya itu juga perempuan.

fiz4

Fizz temani Almy sehingga selamat bersalin.

Sementara itu, Almy meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang berada di sisi sepanjang kelahiran anak mereka.

Terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak nombor empat.

ALMY NADIA

PELAKON

Almy, 35, yang juga seorang pelakon berkata, suaminya setia menemani di bilik bersalin walaupun dalam keadaan mengantuk sambil mengurut kaki.

"Terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak nombor empat, dari check in sampailah beranak settle sayang tetap ada di sisi mama.

"Terima kasih sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup mata dengan mask sebab mengantuk," ujarnya.

almy

Almy dan Fizz bersama tiga anak mereka.

Perkongsian pasangan itu mendapat perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya mengucapkan tahniah.

Sebelum ini, Almy pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain