suria

Mahu keluar dari genre dangdut, Ani Maiyuni bayangkan diri Misha Omar ketika di pentas GV8

Bawa lagu balada, Ani Maiyuni ambil aura Misha Omar.

MAHU membawa kelainan dan keluar daripada genre dangdut, penyanyi Ani Maiyuni mencabar diri menyanyikan lagu berentak balada saingan minggu ketiga program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung Ahad lalu.

Menurut Ani, 43, dia mencabar diri membawakan lagu bergenre sedemikian kerana tidak mahu dibayangi dengan cara nyanyian sama.

Bagi mendapatkan jiwa dalam persembahannya itu, Ani berkata dia menjadikan Misha Omar sebagai rujukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni sertai GV8 bukan sebab tiada ‘job’, ubat kerinduan peminat dangdut - “Show tak putus-putus cuma lama tak keluar TV”

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang semangat, Ani Maiyuni pernah terfikir berhenti menyanyi selepas bapa meninggal dunia

"Semua sedia maklum, saya penyanyi dangdut dan tiba-tiba bawa lagu balada. Kalau ditanya sama ada berpuas hati atau tidak, bagi saya biarlah orang mendengar yang menilai.

"Harapnya sampailah apa yang saya cuba sampaikan itu. Pada masa sama, ada juga yang tanya macam mana saya boleh ubah dari dangdut terus pada balada, jadi saya keluarkan Ani Mayuni itu, saya membayangkan Misha Omar," katanya kepada mStar.

ani 1

Ani mahu mempelbagaikan nyanyian di pentas GV8.

Dalam konsert minggu ketiga itu, Ani menyanyikan lagu Naluri yang dipopularkan oleh Datuk Nora Ariffin.

Sementara itu, Ani memberitahu dia mengubah gaya nyanyian memandangkan lagu ciptaan Allahyarham Johan Mawawi itu kali pertama dibawanya secara langsung.

Saya cuba bawa kelainan, ambil jiwa Misha Omar, meski tidaklah seratus peratus sepertinya.

ANI MAIYUNI

PENYANYI

"Saya cuba bawa kelainan, ambil jiwa Misha Omar, meski tidaklah seratus peratus sepertinya. Sedikit sebanyak, saya nak tukar ton suara itu.

"Tak mahu terlalu kepit macam bila nyanyikan lagu genre dangdut. Feel dan cara itu saya cubalah... maksudnya saya ambilnya sebagai rujukan.

ani 3

Ani mahu cabar diri bawa lagu selain genre dangdut.

"Tapi saya sudah cuba berikan yang terbaik biarpun itu bukanlah genre keselesaan saya. Saya juga tidak pernah nyanyikan lagu ini di mana-mana persembahan sebelum ini," ujarnya.

Untuk konsert minggu ketiga, Ani Maiyuni memperolehi markah 58.10 peratus daripada juri profesional, sekaligus melayakkannya untuk terus mara ke konsert seterusnya.

Kesemua bintang GV musim ini diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz sementara Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan minggu ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain