suria

Bimbang ada pihak kurang senang, Nadya Syahera umum hamil anak ketiga selepas masuk trimester kedua

Nadya teruja berkongsi berita kehamilan anak ketiganya.

BERKONGSI berita gembira, pelakon Nadya Syahera memaklumkan dirinya kini mengandung anak ketiga.

Nadya, 28, berkata, dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya sehingga memasuki trimester kedua kerana bimbang ada pihak yang kurang senang dengan khabar gembira itu.

"Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang! Ya nombor ketiga on the way, Alhamdulillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nanas punca Nadya Syahera keguguran anak kembar? - “Saya tak tahu sedang hamil, makan macam-macam masa raya”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas isu curang, kedai terbakar, suami Nadya Syahera terbabit kes pendatang haram - “Dugaan tak putus-putus”

"Masa tahu awal mengandung gementar dan risau, tak sangka tapi tetap teruja nak lalui fasa-fasa mengandung ni... mula-mula ingat sebabkan vaksin jadi period tak betul, sekali ha kau!

"Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata kurang sihat untuk didengar sebab pengalaman lalu ada saja orang yang tak senang dengan khabar gembira kita, cakap itu dan ini yang membuatkan saya tak happy dengan hal yang sepatutnya saya happy, jadi sebab itu saya simpan dulu," katanya.

nadya 3

Nadya kongsi berita gembira selepas kandungan memasuki trimester kedua.

Isteri kepada aktor Fizul Nawi ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Nadya berkata dia mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan, namun keadaan semakin beransur baik.

Saya doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan juga khabar gembira macam ini untuk mereka-mereka yang masih berusaha mendapatkan zuriat.

NADYA SYAHERA

PELAKON

"Sickness dan mood turun naik tu dah habis kut, cuma awal-awal hari itu diuji alahan teruk lepas itu tambah pula dengan benda pelik buatkan saya lembik tak boleh makan dengan baik hampir dua bulan.

"Sekarang dah trimester kedua, saya enjoy saja buat dan makan apa saya nak. Doakan saya tiada alahan, sihat dan dipermudahkan sampai la baby keluar tahun depan ya.

"Selepas empat tahun nak beranak pula wey, sis nervous!" ujarnya.

nadya 2

Nadya bersama suami, Fizul dan dua anak mereka.

Dalam pada itu Nadya turut mendoakan supaya wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang sama secepat mungkin.

"Oh ya masa saya dapat tahu saya mengandung tu terus terdetik dekat hati, saya doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan juga khabar gembira macam ini untuk mereka-mereka yang masih berusaha mendapatkan zuriat.

"InsyaAllah usaha, doa dan tawakal okay," katanya.

Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan yang kini berusia empat tahun.

Pada Jun tahun lalu, Nadya Syahera memberitahu dia mengalami keguguran bayi kembar ketika usia kandungannya hampir mencecah tujuh minggu.

Kata Nadya keguguran itu mungkin berpunca disebabkan dia ada makan buah nenas muda tanpa mengetahui dirinya sedang berbadan dua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain