suria

Fahrin Ahmad syukur isteri hampir setahun berhijab, doa kekal istiqamah

Fahrin gembira dengan perubahan isterinya yang kini menutup aurat.

PERUBAHAN imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira.

Fahrin, 42, berkata, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara itu, sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini dinamakan jodoh melintas depan mata”- Fahrin buka kisah 20 tahun lalu menang pakaian terbaik dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Beraninya Fahrin Ahmad bawa balik madu, kenalkan Arnia kepada keluarga

Pelakon drama Dear Cinta ini juga mendoakan pasangannya itu terus istiqamah dengan keputusan tersebut.

185232936_302906807876505_5237395464546673206_n

Fahrin berkahwin dengan Elena Eleas pada 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

"Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.

"Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.

"Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah...semuanya berlaku naturally," katanya kepada mStar.

Tetapi jika jumlah follower digunakan sebagai penanda aras untuk menjadi seorang pelakon, nanti orang akan persoalkan pula mutu lakonan.

FAHRIN AHMAD

PELAKON, PENGACARA

Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas, 41, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.

Dalam perkembangan seni, Fahrin menganggap tidak menjadi masalah pemilihan pelakon dilakukan berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Bagaimanapun Fahrin berkata, bakat individu berkenaan perlu diasah terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan kualiti karya sebuah produksi.

"Kalau nak bandingkan zaman saya dahulu sebelum ada media sosial ini, kita lebih memandang kepada bakat yang ada pada seseorang untuk diketengahkan.

file6x3motiinygdvpqyaei

Fahrin berpendapat bahawa memiliki jumlah pengikut di media sosial yang tinggi dan paras rupa merupakan satu kelebihan.

"Pada pendapat saya mungkin ada juga sesetengah pihak mengambil pendekatan ini sebagai satu jalan pintas untuk menjadikan hasil karya mereka mendapat tontonan yang lebih tinggi.

"Tetapi jika jumlah follower digunakan sebagai penanda aras untuk menjadi seorang pelakon, nanti orang akan persoalkan pula mutu lakonan. Paras rupa dan jumlah followers merupakan satu kelebihan, tetapi mereka juga perlu diberikan latihan untuk menggilap bakat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain