suria

[VIDEO] “Siapa ya?” - Rossa tak kenal Iqbal, terpinga-pinga dapat tahu ada gosip... Hanya jumpa sekali untuk bergambar

SIAPA YA? Demikian reaksi spontan penyanyi Datuk Seri Rossa ketika ditanya sejauh mana perkenalannya dengan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Rossa atau nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, mendedahkan dia tidak mengenali bekas pembantu Datuk Seri Vida itu dan mereka hanya bertemu sekali semasa sesi tayangan filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini.

"Siapa tu ya? Saya tak kenal siapa dia tapi saya ingat semasa tayangan filem Love Knots ada yang mahu ambil foto sama saya, dia kata dari Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal mahu dekati Rossa, terpikat dengan sikap lemah lembut... kini dalam perbincangan sertai program TV Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil titik peluh sebagai penyanyi... Rossa hadiahkan rumah mewah untuk ibu bapa, harga dianggar cecah RM6 juta!

"Tapi cepat sangat, kami hanya ambil foto bersama dan tidak berbual apa-apa lagi.

rossa 2

Rossa kini sedang mempromosikan single terbaharu berjudul Terlalu Berharap yang juga merupakan OST filem Love Knots.

"Biasanya kalau ada orang mahu ambil foto saya pasti setuju, tapi namanya saya lupa... tiada masalah kalau mahu berkenalan tidak apa," katanya kepada mStar.

Rossa ditemui semasa sidang media lagu terbaharu Terlalu Berharap yang diadakan secara maya pada Isnin.

Pada 29 November, mStar melaporkan Iqbal kini sedang cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang itu.

Sekarang ini pun saya sangat bersyukur kerana dikurniakan ramai yang menyokong karier nyanyian saya!

ROSSA

PENYANYI

Dalam pertemuan di Indonesia itu, Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar berkenaan seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.

Ditanya mengenai jodoh, penyanyi yang pernah digosipkan dengan Afgan ini berkata hal perkahwinan bukanlah keutamaan buatnya.

rossa 3

Rossa tidak mengenali Iqbal.

"Sekarang ini saya tidak mendekati sesiapa lagi kerana keutamaan saya bukan ke situ (kahwin). Kalau ada teman-teman nak carikan... ya terima kasih tapi jangan dilayan gosip-gosip.

"Perkahwinan bukanlah keutamaan bagi saya lagi... saya sudah ada anak jadi hal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Waktunya hanya Allah sahaja yang tahu, saya di dunia hanya jalani kehidupan sebaik-baiknya.

"Sekarang ini pun saya sangat bersyukur kerana ramai yang menyokong karier nyanyian saya... jadi itulah keutamaan saya, hal jodoh biarlah ia datang sendiri.

"Tipulah kalau kata tak ada yang cuba dekat tapi saya tak berani nak kongsi secara umum sebab belum tahu sejauh mana, kalau dah pasti mahu bernikah lagi, barulah saya kongsi," ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain