suria

M Nasir pula positif Covid-19, isteri maklumkan keadaan kesihatan stabil

M Nasir perlu jalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

PENYANYI Datuk M Nasir disahkan positif Covid-19 pada pagi Isnin.

Berita mengejutkan itu disahkan oleh isterinya, Datin Marlia Musa yang memaklumkan mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Semalam Datuk buat rapid test kit kerana sepatutnya dia ada program pada tengah hari tapi ujian dibuat mendapati dia positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa M Nasir meninggal dunia di Singapura - “Abang reda dan akur keadaan benar-benar tidak mengizinkan pulang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hairan... mereka buat lagu fasal mati!” - Datuk M Nasir

"Kami terus ke klinik buat PCR dan pagi ini keputusan masih positif.

"Jadi sekarang kami berdua berada di rumah dan perlu menjalani proses kuarantin," katanya ketika dihubungi mStar.

Doakan semoga Datuk segera sembuh dan terima kasih semua yang mendoakan kami!

MARLIA MUSA

ISTERI M NASIR

Dalam pada itu, Marlia memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar penyanyi lagu Mentera Semerah Padi ini segera sembuh dan pulih seperti biasa.

marlia mnasir

M Nasir bersama isteri Marlia Musa.

"Alhamdulillah, keadaan Datuk baik, dia sedang berehat.

"Doakan semoga Datuk segera sembuh dan terima kasih semua yang mendoakan kami," ujarnya.

Kali terakhir, M Nasir membuat persembahan semasa program Festival Filem Malaysia ke-31 yang diadakan pada malam Jumaat lalu.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain