LEBIH 25 tahun berada dalam industri hiburan, pelawak yang juga penyanyi Saiful Apek dan Yassin Yahya akui kalis kecaman netizen yang cuba membantutkan perjalanan karier mereka. Ujar Saiful, dia sudah lali malah terbiasa dengan kecaman yang lebih teruk ketika zaman kegemilangan kumpulan Senario suatu ketika dahulu. "Kami menerima kritiktan dan luahan hati orang. Kami anggap komen tu sebagai sesuatu yang membina bukan menghentam. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Saiful Apek naik 15 kg selepas berhenti merokok, jaga kesihatan selepas ramai kawan hidap penyakit kronik ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Apek tak kisah tidak dikenali Hetty Koes Endang... tapi jangan nilai terlalu awal - “Ini bukan karaoke boleh pilih lagu” "Kami selalu tak jawab kecaman netizen, askar-askar (peminat) yang tolong jawab bagi pihak kami. Sa.Ya kalis kecaman netizen. "Prinsip kami jangan hidup dek puji, jangan mati dek keji," katanya kepada mStar selepas berakhirnya konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad. Menurut Saiful dan Yassin mereka terlebih dahulu 'makan garam' dalam menghadapi realiti dunia hiburan. Malah mereka turut menasihati pendatang baharu dalam industri seni agar lebih bersifat terbuka dan positif ketika menerima kritikan. Kalau dulu komen lagi dahsyat tak ada media sosial, saya terima berguni surat masa tu baru nak riak sekali tengok semua kecaman. SA.YA PENYANYI "Kalau dulu komen-komen orang lagi dahsyat walaupun tak ada media sosial, saya terima berguni-guni surat masa tu... baru nak riak sekali apabila baca semua kecaman. "Di sebalik satu kejayaan tersembunyi seribu kegagalan. Mereka yang masih baru dalam industri jangan la cengeng (hati tisu)... relaks la. Bercerita tentang komitmen dalam GV8, Saiful dan Yassin yang kini menggunakan nama kumpulan Sa.Ya akui pernah berselisih pendapat bagi mencari jalan terbaik dalam setiap persembahan setiap minggu. Saiful Apek dan Yassin akui pernah berselisih faham namun tidak bersifat peribadi. "Ia bukan hal peribadi punya pertengkaran, lebih kepada saling melengkapi sebagai abang dan adik. "Bukan gaduh la, kalau gaduh dah lebam dah. Kami hanya saling menerima pendapat masing-masing... tak ada bersifat peribadi," ujarnya. Pada minggu keempat Sa.Ya menyanyikan lagu Getaran Jiwa nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan mendapat markah (68.80). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!