suria

Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser paru-paru

Allahyarham bapa Liyana Jasmay menghidap penyakit kanser paru-paru sejak setahun lalu.

PELAKON Liyana Jasmay berkongsi khabar duka apabila bapanya, Datuk Jasmay Md Shah, 68, meninggal dunia akibat kanser paru-paru kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat.

Difahamkan Allahyarham berjuang melawan penyakit itu sejak lebih setahun yang lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Liyana berkata dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menemani bapanya saat arwah menghembuskan nafas terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak pakai hijab atau tidak, bukan urusan kamu” - Liyana Jasmay balas komen netizen tegur cara pemakaian tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay Tak Pilih Anak Jutawan

dsfghg

Liyana bersyukur kerana diberi peluang menemani bapanya saat arwah menghembuskan nafas terakhir.

"Syukur kepada Allah kerana izinkan saya bersama bapa ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

"Saya berpeluang menyentuhnya dan melihat wajahnya. Dia sangat tenang.

"Bersyukur sangat kerana dia meninggal pada hari Jumaat... saya bersamanya. Syukur Allah," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu menerusi posting di ruangan feed, pelakon filem Papadom ini turut berkongsi foto hitam putih bersama arwah bapanya itu.

Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. InsyaAllah. I love you babah.

LIYANA JASMAY

PENYANYI

Liyana turut menyifatkan bapanya sebagai seorang yang pemurah dan suka mengembirakan orang sekeliling.

"Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.

"Babah adalah yang terbaik, membawa cahaya dan kegembiraan kepada orang ramai.

dsf vhg

Liyana menyifatkan bapanya sebagai seorang yang pemurah dan suka mengembirakan orang sekeliling.

"Syukur kerana membesarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.

"Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. InsyaAllah. I love you babah," tulis Liyana mengiringi foto tersebut.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

Jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Al-Iman Kemensah Height kira-kira pukul 3 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain