suria

[VIDEO] Netizen ungkit video lama, aksi panjat tangga pasang bidai didakwa jadi punca cerai... Shakilla Khoriri rasa tak sedap hati

Shakilla nafi isu berkaitan kerja rumah tangga menjadi punca perpisahannya dengan Fizi Ali.

BERITA perpisahan pasangan selebriti Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mengejutkan ramai peminat kerana tidak menyangka kemesraan yang ditunjukkan mereka di laman sosial berakhir dengan perceraian.

Sehinggakan ada netizen membuat spekulasi mengenai perpisahan itu dan mendakwa ia berpunca daripada sikap Fizi yang tidak mahu membantu isteri melakukan kerja rumah.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Shakilla, 32, berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri panjat tangga pasang bidai bilik tidur, netizen pertikai Fizi Ali tak tolong - “Dia banyak bantu saya uruskan anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak

"Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah... apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang.

TONTON VIDEO PENJELASAN FIZI ALI!

"Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.

"Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best. Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga... masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, sebuah blog hiburan menulis artikel status seorang pengguna Facebook yang mendedahkan hanya Shakilla yang menguruskan rumah tangga.

shakilla 4

Shakilla jawab spekulasi punca perpisahannya dengan Fizi Ali yang dibuat oleh seorang netizen di laman sosial.

Wanita itu berkata dia pernah melihat satu video lama yang pernah dikongsikan Shakilla di mana pelakon itu mengatakan semua kerja rumah dilakukan oleh dirinya dan Fizi tidak membantu.

Spekulasi itu dibuat netizen berkenaan berdasarkan video Shakilla meminta suaminya memasangkan bidai di rumah mereka namun akhirnya dia terpaksa melakukan sendiri.

Dalam pada itu, Shakilla berkata isu video lama itu tidak sepatutnya timbul kerana dia memang seorang yang sukakan kerja pertukangan dan mempunyai idea serta citarasa tersendiri dalam menentukan dekorasi kediaman mereka.

Cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi.

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

"Fasal buat kerja rumah ni memang saya yang nak buat sebab saya suka bertukang, saya suka buat benda-benda yang saya tak mampu buat tapi saya nak buat juga.

"Fizi pula akan ambil langkah untuk tak campur tangan kerja-kerja saya sebab takut kalau salah nanti saya marah pula! Idea kami lain-lain, jadi dia bagi saya kebebasan untuk buat ikut cara saya dan dia pula ambil bahagian jaga Ameena.

"Video yang saya kongsi itu hanyalah untuk projek khas dalam rumah sahaja contohnya renovasi untuk tempat permainan Ameena dan sebagainya, tapi benda-benda asas lain semua Fizi yang buat. Kalau saya pergi penggambaran, Fizi la yang buat semua... dia memasak, basuh baju dan jaga Ameena," ujarnya.

shakilla 2

Shakilla memang minat bertukang sejak dulu lagi.

Sementara itu, pelakon drama Cinta Ilahi ini memohon orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai perpisahan mereka itu.

"Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai perceraian kami.

"Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara tak akan berkongsi sebab perpisahan ini... cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami.

shakilla 3

Shakilla dan Fizi sepakat besarkan anak bersama-sama.

"Perpisahan ini satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang, memahami salah silap masing-masing, sejujurnya saya sangat beruntung kerana pernah ada suami yang baik. Dia kawan, suami dan ayah yang sangat baik... mungkin saya seorang isteri dan ibu yang tak sempurna, tapi tak apalah kita lupakan semua itu.

"Kami berdua dah sepakat untuk fikirkan jalan terbaik... untuk kakak yang muat naik status itu, kalau terbaca artikel ini saya minta maaf kalau status dan video lama saya itu membuatkan semuanya salah faham," katanya.

Pada Rabu, 15 Disember lalu, Fizi mendedahkan dia dan Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

Pasangan ini berkahwin pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain