suria

Jadi mangsa langgar lari, penyanyi rap Lil J menyesal bercuti seorang diri... akan lakukan prosedur buang parut di dagu

Lil J menerima 14 jahitan pada bahagian dagu akibat daripada kemalangan tersebut.

PENYANYI rap Lil J mengakui trauma untuk bercuti seorang diri selepas menjadi mangsa langgar lari dalam kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah pasa Isnin lalu.

Lil J atau nama sebenarnya, Vijay Raj berkata, peristiwa yang mengakibatkan beberapa anggota badannya menerima jahitan menjadi pengajaran untuk dia membawa teman ketika bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: As’ad kena peluk atas pentas, Lil J tak kisah jika peminat buat benda sama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shiha Zikir sedih dihina rakan artis, anggap tidak layak berada dalam industri seni

dffffffffffg b

Lil J mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badannya akibat insiden itu.

"Saya selalu bercuti seorang diri sebab rasa macam bebas, tak ada sesiapa yang boleh teman kerana masing-masing sedang sibuk. Saya ingatkan bercuti seorang diri lagi best, tetapi lain pula yang jadi.

"Sekarang barulah terfikir, alangkah baiknya kalau ada yang teman saya pada waktu itu. Sekurang-kurangnya ada yang boleh tolong jaga sekiranya berlaku apa-apa.

“Saya anggap ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan memang patut bawa seseorang yang boleh bantu jika berlaku kecemasan," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Keliru ini terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggang tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari arah belakang dalam kejadian langgar lari yang berlaku kira-kira pukul 8 malam, Isnin.

Susulan itu, dia menerima 14 jahitan di bahagian dagu, lapan jahitan di kaki kiri dan tiga jahitan di lutut.

Dekat muka pun dah ada jahitan, rasa macam dah tak handsome untuk buat persembahan.

LIL J

PENYANYI RAP

Bagaimanapun, Lil J berkata, dia kini sudah berada di rumahnya di Subang, Selangor dan mendapatkan rawatan susulan di sebuah pusat perubatan.

Sementara itu, dia juga memberitahu terpaksa membatalkan semua jadual persembahan sehingga benar-benar pulih.

Katanya lagi, dia merancang untuk melakukan prosedur bagi menghilangkan parut di dagu selepas luka jahitan sembuh.

dfghjk

Lil J terpaksa membatalkan semua persembahan sehingga kesihatannya pulih semula.

"Saya terpaksa batalkan semua job yang ada sehingga sudah pulih sepenuhnya. Dekat muka pun dah ada jahitan, rasa macam dah tak handsome untuk buat persembahan.

"Doktor kata jahitan ini mungkin akan meninggalkan kesan pada wajah saya dan agak sukar untuk dihilangkan.

“Jadi saya mungkin akan lakukan prosedur untuk menghilangkan parut di dagu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain