MASALAH kesihatan yang dihadapi Bad Indigo sehingga lima jari kaki terpaksa dipotong tidak menjejaskan kasih sayang isterinya iaitu penyanyi Ashira untuk terus berada di sisi. Ikhlas menerima keadaan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menganggap apa yang sedang mereka lalui adalah satu ujian dalam rumah tangga. "Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba jatuh sakit. ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta pandang pertama di GV7, Bad Indigo, Ashira nikah Mac ini - “Sikap kelakar dan penyayang buat saya terpaut hati” ARTIKEL BERKAITAN: Lima jari kaki kiri dibuang gara-gara diabetes, Bad Indigo guna ‘walker’ untuk bergerak... Urus diri sendiri tak mahu susahkan Ashira "Semasa Covid-19 ni besar dugaan saya hadapi. Saya dan ahli keluarga positif Covid-19, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan virus itu juga," katanya kepada mStar. Tidak mahu patah semangat, Ashira berkata dia sentiasa berfikiran positif dan menerima ujian yang diberikan Allah. Bad berdepan kesukaran untuk berjalan apabila lima jadi kaki terpaksa dibuang. Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini, dia banyak berdoa agar diberikan kekuatan untuk berdepan ujian yang datang. "Semasa Covid-19 ni juga saya rasa tak kuat dah sebenarnya, saya down gila-gila sebab banyak ujian. "Tapi saya fikir balik saya perlu jadi kuat, sebab apa-apa pun yang jadi bukan kita minta dan kita minta pada Allah agar permudahkan segalanya," ujarnya. Weekend saya kerja kedai makan kawan saya dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order. ASHIRA AZIZ PENYANYI Dalam pada itu, bercerita tentang sumber pendapatannya, Ashira berkata, dia melakukan kerja sambilan di sebuah restoran di Puchong, Selangor pada setiap hujung minggu. Dia juga membuat reviu berbayar di Instagram bagi mendapatkan pendapatan sampingan. "Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza (GV) dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya just buat review la sedikit sebanyak dapat membantu. Ashira akan terus berada di sisi suaminya Bad Indigo. "Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order. "Nak cakap struggle tu tak, Alhamdululliah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong," ujarnya. Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes. Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan 'walker' bagi membantu pergerakan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!