RINDU nak peluk dan cium ibu... Itulah luahan perasan penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah yang kini berada dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Isma berkongsi luahanya menerusi surat tulisan tangan yang dikirim kepada penguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zukarnain pada petang Rabu. Selain memohon maaf kepada ibunya, surat dua halaman yang dikongsikan di Facebook peguamnya itu turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menziarahi pusara arwah bapanya. "Maafkan saya mak, walaupun terlalu mahu tapi saya tidak mampu menemani waktu-waktu tua mak. Harap dan harapan semoga mak terus sihat. Peguam berkongsi surat yang ditulis oleh Isma Halil. "Mak tunggulah saya. Saya rindu peluk cium mak. Adik-beradik yang sentiasa saya sayang, terima kasih kerana terus menjaga mak. "Maafkan saya abah, tak dapar ziarah kubur abah setiap minggu cuma doa yang tak pernah putus, walau saya pernah berjanji untuk jaga mak setelah abah pergi. "Demi Allah saya akan terus berusaha untuk jaga mak," tulisnya. Terdahulu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 27 Januari 2022 bagi tarikh sebutan semula kes Isma yang berdepan dengan pertuduhan mengedar dadah. Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh itu selepas mendapati laporan kimia masih belum dapat disediakan oleh Jabatan Kimia Malaysia. Beribu kisah, kes-kes dan kehidupan penjara saya ambil dari sudut yang positif. ISMA HALIL PENYAMPAI RADIO Mengikut pertuduhan, Isma, 48, didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Isma mempunyai isteri, Nor Haslinda Abdul Manaf, 48, dan anak yang berusia 13 tahun. Isma mahu berkongsi kehidupannya di penjara kepada umum. Sementara itu, Isma turut memberitahu kehidupan yang dijalani di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya dan berharap akan dapat dikongsikan kepada umum suatu hari nanti. "Kehidupan di sini (penjara) membuatkan saya banyak belajar. Beribu kisah, kes-kes dan kehidupan penjara saya ambil daripada sudut yang positif. "Semuanya saya himpunkan dan suatu hari nanti, dengan izin Allah akan saya ceritakan dan keudarakan. Banyak nak saya ceritakan sebagai 'orang ketiga' di blok Ehsan. "Tak cukup dakwat pen ini untuk saya tuliskan. Semoga satu hati nanti akan dapat saya ceritakan seperti waktu-waktu dahulu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI