BERITA perceraian Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri mengejutkan ramai pihak termasuk rakan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar. Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, tidak dapat menahan sebak ketika membaca perkongsian Fizi di Instagram mengenai berita perpisahan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak "Kita sebagai kawan, dah bertahun kerja sama. Apabila tengok Meena (anak Fizi) dan lihat mereka happy family tapi apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. View this post on Instagram A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia) "Nak cakap fasal janji, yela kita mesti pernah janji nak setia dengan pasangan sampai bila-bila tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan," katanya. Terdahulu, Fizi menerusi laman Instagram mendedahkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat. Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. FEEYA ISKANDAR PENYAMPAI RADIO Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah ini mengakui berasa sedih dengan berita perpisahan tersebut. Mendoakan agar mereka terus kuat, Feeya turut memuji Fizi dan Syakilla yang tetap mengutamakan anak mereka biar apa pun terjadi. Fizi dan Syakilla dilihat sebagai pasangan yang bahagia. "Tak boleh nak cakap... kita ada anak dan kita sebagai kawan sudah tentu rasa sedih. Kita tengok mereka happy family. "Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Tapi baguslah, tak ada gaduh-gaduh. Sama-sama jaga anak walaupun dah tak bersama. "Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!