PERTAMA kali mewarnakan rambut, aktres Fasha Sandha mengakui berasa kurang selesa dengan imej berambut perang. Walaupun berat hati, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan ini terpaksa melakukan demi wataknya sebagai Hanim dalam drama berjudul Khilaf Asmara. "Sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut berwarna sebegini. Tapi memandangkan ia untuk karekter, saya buat juga. ARTIKEL BERKAITAN: Elak rungutan pemenang wajah sama setiap tahun, kategori utama AME 2021 akan diadili juri "Sebab ini juga arahan daripada pengarah drama itu sendiri untuk potong dan warna rambut saya untuk nampak kelainan. Mereka nak nampak saya betul-betul lain. Fasha bergandingan dengan Beto dalam Sihir Pemisah. "Walaupun saya berat hati, saya tetap lakukan. Sebenarnya, saya tak kisah nak potong rambut pendek tapi ini kali pertama seumur hidup saya warna rambut seperti ini. "Mula-mula memang tak boleh nak terima... saya jadi malu nak keluar rumah. Habis saja shooting, saya akan warnakan hitam semula," ujarnya kepada mStar. Fasha ditemui di sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa. Dia pandang saya dari segi bakat dan sanggup ambil saya sebagai teraju utama. FASHA SANDHA PELAKON Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini meluahkan rasa gembira apabila tersenarai dalam top 5 kategori Pelakon MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2021. Dia turut berterima kasih kepada pengarah Osman Ali yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui telefilem Sihir Pemisah sehingga berjaya tersenarai dalam ketegori itu. "Alhamdulillah, sejujurnya saya terkejut. Untuk bolos ke top 20 pun saya dah terkejut apatah lagi top 5. Tak dijangka sebab ada barisan pelakon yang hebat. Fasha bekerjasama dengan Fattah dan Nelydia dalam Khilaf Asmara. "Bila dapat tahu dapat top 5, saya terus mesej Osman Ali sebab dalam ramai pelakon, ketika itu badan saya sangat besar sebab baru bersalin tapi dia tetap pilih saya. "Dia pandang saya dari segi bakat dan sanggup ambil saya sebagai teraju utama. Bila dapat skrip itu, memang berbelah bagi sebab badan masih besar," katanya. Selain tercalon dalam kategori tersebut, Fasha dan Aidil berjaya tersenarai dalam top 5 kategori Couple MeleTOP. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!