GARA-GARA bersuara menyatakan rasa terkilan kerana terlupa menghulurkan sumbangan kepada Allahyarham Gmie Screen, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida teruk dikecam ramai. Kebanyakan netizen mempertikaikan sikap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang dilihat cuba meraih publisiti atas kesedihan keluarga Gmie atau Hajimi Ibrahim. Enggan membiarkan orang ramai terus mencemuhnya, Vida mengambil keputusan menziarahi keluarga arwah Gmie di kediaman mereka di Kampung Medan Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Gmie pelik Vida buka cerita arwah bapa minta bantuan, syak wujud salah faham ARTIKEL BERKAITAN: Vida terkilan tak sempat bantu arwah Gmie, terlepas pandang kerana sibuk urusan kerja Kehadiran Vida disambut isteri Gmie, Siti Royani Gumari dan anak sulungnya, Siti Hadirah. "Netizen asyik mengata saya, kecam kata seperti saya ni tak ada hati perut nak tumpang populariti. Persoalkan kenapa tak pergi rumah keluarga arwah diam-diam bagi je sumbangan. Vida ziarah rumah keluarga arwah Gmie. "Bukan apa, saya ni orang (aktif) media sosial, setiap apa yang saya kongsikan orang nak tahu. Peminat saya suka bersama saya," katanya ketika ditemui mStar. Pada 11 Disember lalu mStar melaporkan kenyataan Vida yang terkilan kerana tidak dapat membantu meringankan beban Gmie yang menderita sakit buah pinggang berlubang sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada 10 Disember. Bagaimanapun mStar turut melaporkan kenyataan balas daripada anak arwah iaitu Siti Hadirah yang menafikan bapanya pernah meminta sumbangan bersikap suka meminta-minta. Memang sedih (tak sempat bantu) tapi saya fikir positif mesti ada rahmat. DATUK SERI VIDA USAHAWAN Susulan itu netizen mempertikaikan sikap dan keikhlasan Vida berhubung hal berkenaan. Menjelaskan lanjut tentang hal itu, usahawan berusia 50 tahun itu berkata dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. "Orang mungkin tak tahu yang kami pernah ada kaitan dulu masa Gegar Vaganza, program yang arwah sertai tu bawah tajaan saya. Vida berikan sumbangan kepada isteri dan anak kepada arwah Gmie. "Memang sedih (tak sempat bantu) tapi saya fikir positif mesti ada rahmat. Rahmatnya ialah saya nak adakan tahlil berkala Gmie, Siti Sarah, Maya Matahari dan keluarga saya. "Saya datang ziarah ni pun sebab nak tunaikan hajat dan hasrat bagi sumbangan setakat yang saya mampu," katanya. Sementara itu isteri Gmie, Siti Royani berharap orang ramai berhenti mencemuh Vida kerana yakin wujud salah faham dalam isu berkenaan. Vida berikan sejadah kepada keluarga ahli keluarga Gmie. "Apabila saya dapat tahu (kontroversi), saya suruh anak DM (direct message) Datuk Vida sebab kesian. Banyak komen yang menghentam. "Tapi sekarang semua dah jelas dan kita faham. Tolong hentikan sebab arwah Gmie baru pergi dan kesian Datuk Vida. Terima kasih Datuk Vida datang ke pondok kami," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!