SELEPAS merangkul gelaran naib juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), pelawak Ali daripada kumpulan Puteh berkongsi berita gembira kelahiran anak keempat pada pagi Sabtu. Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, memaklumkan isterinya, Melati Fitri selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. "Alhamdulillah syukur pada Allah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 2.40 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Kesedihan Ali Puteh terubat, kini dikurniakan cahaya mata lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Gelek Danial Zaini tiru M Daud Kilau menjadi... Tiro juara Maharaja Lawak Mega 2021 "Semua proses kelahiran dipermudahkan dan isteri serta bayi berada dalam keadaan sihat. "Perasaan saya menanti kelahiran kali ini sama sahaja macam kelahiran sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar. Puteh dianggotai oleh Mamak, Vicha dan Ali merangkul naib juara MLM 2021 pada malam Jumaat. Ditanya mengenai nama anak keempatnya itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini berkata dia dan isteri masih belum membuat keputusan mengenai nama yang sesuai untuk diberikan. "Buat masa ni nama belum terfikir lagi, kami selesaikan dulu urusan di hospital sampai baby balik rumah dulu. Cukup masa dan bila dah jumpa nama barulah kita beritahu nama anak kami itu! ALI PUTEH PELAWAK "Cukup masa dan bila dah jumpa nama barulah kita beritahu nama anak kami itu. "Apa-apa pun saya nak berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kami," ujarnya Ali bersama isteri dan dua anak mereka. Ali dan Melati Fitri Abdullah mendirikan rumah tangga pada Mei 2016. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 4, dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung. Pada 25 September tahun lalu, mereka dikurniakan cahaya mata ketiga, Syed Umar Iskandar yang kini berusia setahun. TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!