HUJAN lebat berterusan sejak petang Jumaat menyebabkan kediaman penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan dinaiki air. Menurut Afieq, 24, ini kali pertama rumahnya yang terletak di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor itu mengalami banjir. "Sejak semalam hujan tak berhenti, tapi tak sangka pula kira-kira pukul 1 pagi tadi tiba-tiba air dah masuk seluruh rumah setinggi buku lali. Ini kali pertama berlaku banjir di kawasan kediaman kami. ARTIKEL BERKAITAN: Padam kenangan dengan bekas kekasih, Afieq Shazwan nekad bakar surat cinta - “Bertahun saya simpan tapi janji dimungkiri” ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran berwajah ‘baby face’, penonton sukar terima Afieq Shazwan bawa watak suami orang "Semalaman kami tak tidur sebab nak alihkan barang-barang penting dan berjaga-jaga kerana bimbang jika air terus naik. Selepas solat Subuh barulah saya boleh lelap sekejap. "Nampaknya hari ini masih hujan lagi dan air belum surut... Memandangkan saya hanya tinggal dengan mama sahaja di rumah ini, jadi kami berdua la yang kena kemas apa-apa barang yang patut," katanya ketika dihubungi mStar. Air mula naik sejak pagi Sabtu. Sebelum itu, pelakon drama Diari Seorang Suami ini berkongsi video banjir yang berlaku di kediamannya menerusi laman Instagram. Meskipun keadaan masih terkawal, Afieq berharap agar hujan berhenti segera agar air tidak berterusan naik. Subuh tadi kereta jiran saya terbakar dan keluar asap kerana berlaku litar pintas! AFIEQ SHAZWAN PELAKON/ PENYANYI "Keadaan masih terkawal, cuma bimbang kalau hujan masih berterusan air mungkin akan naik lebih tinggi. "Subuh tadi kereta jiran saya terbakar dan keluar asap kerana berlaku litar pintas. Sekarang ini kami semua bersedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sekitar kawasan kediaman Afieq dinaiki air banjir. "Sejujurnya memang saya tak pernah berdepan pengalaman ini, sedih juga sebab perabut dalam rumah pun habis basah... nasib baik kereta saya sudah pindahkan di kawasan lebih tinggi," ujarnya. Pada pagi Sabtu, media melaporkan seramai 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan. Sebanyak 20 kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang. TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!