suria

Ramai rakan artis dah ‘off market’, Wany Hasrita mahu baiki diri sebelum bergelar isteri

Wany gembira melihat ramai rakan selebriti sudah berkahwin di usia muda.

GEMBIRA melihat rakan selebriti berkahwin di usia muda, penyanyi Wany Hasrita berkata dia tidak pernah berasa cemburu melihat kebahagiaan mereka.

Bagi Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia mahu memperbaiki dirinya menjadi lebih baik sebelum bergelar isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tidak mahu terlalu berkongsi soal jodoh selagi tiada kepastian, mohon doa yang baik-baik

Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun ini menganggap dia tidak mampu untuk mengawal takdir dan jodoh memandangkan ia ketentuan Allah.

Wany 2

Wany berserah kepada Allah dalam soal jodoh.

"Saya masih ada rakan-rakan seangkatan yang lain seperti penyanyi Nabila Razali dan Amira Othman yang masih memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik.

"Bukan nak cakap kalau dah kahwin itu tak boleh perbaiki kehidupan... tidak. Cuma perkara ini berbalik kepada soal jodoh juga.

"Kita nak kawal macam mana pun, susah juga. At the end of the day, kita berserah saja pada Allah," kata Wany kepada mStar.

Penyanyi lagu Menahan rindu itu ditemui ketika sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Bukan nak cakap kalau dah kahwin itu tak boleh perbaiki kehidupan... tidak. Cuma perkara ini berbalik kepada soal jodoh juga.

WANY HASRITA

PENYANYI

Dalam pada itu, Wany turut menjelaskan kerjasamanya dengan penyanyi Tajul menerusi nyanyian semula lagu Tragedi Cinta hanya ingin mengubat kerinduan peminat.

Wany juga berharap tiada peminat yang membuat perbandingan antara mereka dengan penyanyi asal iaitu Siti Nordiana dengan Allahyarham Achik Spin.

"Kami pernah berduet bersama dan kali terakhir pada tiga tahun lalu. Tentunya ramai peminat yang menantikan kemunculan single duet terbaru kami.

Wany 1

Wany sekali lagi bergandingan dengan Tajul menerusi lagu Tragedi Cinta.

"Niat kami selain untuk mengubat kerinduan peminat mendengar kami berduet lagi, kami juga ingin mengembalikan nostalgia masa lalu. Lagu ini juga sedap didengar.

"Jangan banding-bandingkan, kerana bagi saya yang lama tetap istimewa. Kami menyanyikan semula lagu ini dengan cara dan keserasian kami tersendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Wany dan Tajul pernah menyanyikan semula tiga buah lagu iaitu Di sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci serta Aku Serius.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain