suria

Tulang hidung senget punca masalah pernafasan... Anak Mamak Puteh selamat jalani pembedahan

Ali bersama anak sulungnya, Iris yang terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang hidung senget.

BERDEPAN kesukaran untuk bernafas, anak sulung kepada pelawak Mamak Puteh iaitu Iris Nur Adawiyah terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi membetulkan saluran pernafasan di hidungnya.

Mamak atau nama sebenar Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 37, berkata Iris yang kini berusia tujuh tahun selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang pada Selasa.

"Sejak awal bulan lalu Iris mengadu tak selesa di bahagian hidung, bila bawa pergi klinik buat pemeriksaan pun keadaan masih sama... kebetulan saya melawat mak mentua di sini, jadi saya terus bawa jumpa pakar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kisah sayu pemergian anak Ali hanya 30 saat terakhir sebagai twist cerita” - Puteh bukan raih simpati untuk jadi juara MLM2019

ARTIKEL BERKAITAN: Gelek Danial Zaini tiru M Daud Kilau menjadi... Tiro juara Maharaja Lawak Mega 2021

"Doktor mendapati tulang hidungnya senget hingga menyebabkan saluran pernafasan dia bermasalah... keadaan menjadi lebih teruk apabila selesema kerana hingus tak boleh keluar melalui hidung dan berkumpul di telinga hingga bernanah.

"Atas cadangan doktor, satu pembedahan laser perlu dilakukan segera bagi membetulkan saluran pernafasan itu, dia selesai menjalani rawatan itu selama dua jam setengah.

mamak 3

Perkongsian Mamak sebelum dan selepas anaknya menjalani pembedahan kecil di bahagian hidung.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sekarang ini isteri menjaganya di wad, kalau tak ada masalah dia akan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Mamak berkongsi video dan foto anak perempuannya itu berada di wad hospital sebelum menjalani pembedahan tersebut.

Kami pun tak tahu kalau dari kecil hidung dia senget, sampailah bila dia cakap susah bernafas dan masalah selesema tak keluar di hidung.

MAMAK PUTEH

PELAWAK

Meskipun sudah melakukan pembedahan di bahagian berkenaan, Mamak berkata doktor masih perlu memantau keadaan tulang hidung Iris itu.

"Masalah tulang hidung yang senget itu tidak boleh nak buat apa lagi. Doktor kata kena tunggu Iris berusia 15 tahun untuk tengok, sama ada perlu pembedahan atau tidak.

mamak 2

Mamak (kiri) bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Vicha (tengah) dan Ali merangkul naib juara Maharaja Lawak Mega 2021, Jumaat lalu.

"Tak sesuai untuk pembedahan sekarang kerana dia masih muda dan tulang sedang membesar... kalau pulih sendiri tak perlulah sampai nak bedah.

"Kami pun tak tahu kalau dari kecil hidung dia senget, sampailah bila dia cakap susah bernafas dan masalah selesema tak keluar di hidung... bila dah check barulah tahu punca!" ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain