DUGAAN buat penyanyi Ezad Lazim apabila rumah di Kota Warisan, Sepang dan kereta jenis Toyata milik isterinya tidak dapat diselamatkan akibat banjir pada Sabtu lalu. Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim memberitahu dia menerima maklumat rumahnya mula dinaiki air ketika dalam perjalanan pulang dari Kedah. ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: 50 jalan di Selangor terjejas Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, banyak barang berharga antaranya alatan muzik dan peralatan studio serta pejabat yang turut terjejas akibat banjir. Ezad berkongsi kawasan perumahannya dilanda banjir. "Sekarang saya berada di rumah ibu mentua di Sri Kembangan. Saya dapat maklumat rumah saya sudah mula naik air, ketika dalam perjalanan pulang dari Kedah. "Saya ada persembahan di Kedah dan sekitar tengah hari Sabtu dah gerak balik. Tapi malangnya saya tak sempat nak balik sebab rumah dah tenggelam. "Tak sempat nak tengok keadaan rumah macam mana... hanya dapat update daripada jiran. Saya tak pasti lagi anggaran kerugian yang saya alami. "Tapi dekat rumah ada kereta isteri, barang-barang alatan muzik, studio, pejabat dan barang sekolah anak," kata Ezad ketika dihubungi mStar pada Isnin. Mula-mula dapat tahu itu memang mood saya terus hilang. EZAD LAZIM PENYANYI Sebelum ini, penyanyi lagu Jarak Waktu itu berkongsi foto di Instagram miliknya memperlihatkan keadaan rumahnya yang dilihat hampir tenggelam. Selain Ezad, rumah baharu milik pelawak dan pelakon Ebby Yus musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor. Dalam pada itu, vokalis kumpulan Exists ini mengakui pada mulanya berasa sedih namun kini reda dengan apa yang sudah berlaku. Melihat keadaan orang lain lagi teruk, Ezad tetap bersyukur ahli keluarga berada bersamanya ketika rumah mereka dilanda banjir. Ezad bersyukur isteri dan anak-anak bersamanya. "Mula-mula dapat tahu itu memang mood saya terus hilang. Tapi lama-lama saya dah reda. Bila fikir keadaan saya teruk, sebenarnya ada orang lain lagi teruk. "Macam pelawak Ebby Yus... rumah dia terus hilang dihanyut air. Saya anggap ini dugaan dan ujian daripada Allah. "Tapi tetap bersyukur, Alhamdulilah anak-anak dan isteri bersama saya ketika banjir itu berlaku. Kalau petang ini air dah surut, saya akan balik ke rumah," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!