suria

Ariz Ramli tak puas hati dituduh sindir pasukan keselamatan, ikhlas rindu nak tengok aset kerajaan di Hari Kebangsaan

Ariz menekankan bahawa dia tidak berniat langsung untuk menyindir mana-mana pihak.

TUDUHAN sengaja menyindir pasukan keselamatan seolah-olah tidak efisyen dalam membantu mangsa banjir membuatkan penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice tidak duduk diam.

Ujar Ariz, 33, dakwaan kononnya dia mempertikaikan agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah sangat serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ariz Ramli mahu taja netizen jumpa doktor pakar periksa ‘hati’, geram dituduh ‘main wayang’ bantu mangsa banjir

ARTIKEL BERKAITAN:Rupa-rupanya pertanyaan anak tiri jentik hati Ariz Ramli untuk berkahwin - “Takkan nak teruskan hubungan haram depan budak umur lima tahun”

DVFFBFGHJ

Ariz menjawab tuduhan menyindir pasukan keselamatan negara di Instagram miliknya.

“Salam Malaysia. Baru-baru ini viral di YouTube dan TikTok di mana seorang bekas TUDM buat video menuduh saya sindir pasukan keselamatan dan indirectly menyentuh YDP Agong kita. Ini merupakan satu tuduhan yang sangat serius terhadap nama dan misi saya, jadi saya kena jelaskan.

“Posting saya tentang rindu Merdeka adalah sangat jelas, saya rindu sifat Merdeka di mana we are united dan organized. Dalam masa yang sama, rindu dah lama tak nampak aset-aset negara yang hebat setiap tahun.

“Kalau ada soalan pasal aset hebat tu... itu adalah soalan yang sangat serius. Celah mana saya sindir pasukan?” soal Ariz di Instagram.

Perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah menyindir pasukan keselamatan.

ARIZ RAMLI

PENYANYI RAP

Beberapa hari lalu Ariz ada berkongsi beberapa keping foto aset pasukan keselamatan termasuk ATM, Bomba serta PDRM dipercayai sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia.

Bersama posting berkenaan Ariz menulis dia rindukan suasana sambutan hari kemerdekaan.

Namun perkongsian Ariz itu mengundang pelbagai tafsiran terutamanya ketika wujud dakwaan kononnya aset pasukan kesalamatan tidak digunakan sebaik mungkin ketika negara berdepan bencana banjir.

Sehubungan itu seorang individu dipercayai bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempertikaikann tindakan Ariz yang menurutnya sebagai tidak bertanggungjawab.

DFVGH

Perkongsian yang dimuat naik oleh Ariz mendapat perhatian ramai.

Menjelaskan lanjut, Ariz turut memberitahu keluarganya juga merupakan bekas kakitangan kerajaan dan tidak berniat mahu menyindir pasukan keselamatan negara.

Katanya, dia tidak tahu daripada mana tuduhan tidak berasas itu muncul.

“Saya datang daripada keluarga kakitangan kerajaan, ibu dulu merupakan jururawat di hospital kerajaan. Ada polis, askar, tentera laut, jururawat, JPJ dan duta.

“Perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah menyindir pasukan keselamatan. Celah mana saya sindir dan kutuk, the hard working people of bomba, askar, APM, polis pun tak tahu. Tolong jelaskan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain