suria

Penonton tak puas hati ‘couple’ serasi dapat markah tinggi tapi tak menang LCK3… Hariz Fayahet mahu ‘move on’

Penonton mahu pasangan duet Hariz dan Wanie diangkat sebagai pemenang LCK3.

SEKADAR berpuas hati di tempat kedua, pasangan duet program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) iaitu Hariz Fayahet dan Wanie menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Menyedari ada segelintir peminat berpendapat mereka layak bergelar juara, Hariz, 28, berkata faktor undian penonton berkemungkinan menjadi penyebab mereka tidak merangkul gelaran itu.

"Saya baca komen-komen penonton yang mahu kami jadi juara tapi kita kena tengok balik ini pertandingan realiti semestinya ada sistem pengundian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji vokal hebat tapi kewujudan Hariz Fayahet masih tidak disedari, 4 tahun usaha tunjuk bakat

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan mahu tunai nazar puasa 3 hari menang LCK3, terkenang dugaan terperangkap akibat banjir

"Kemungkinan undian peminat sebanyak 30 peratus itu ada pencanggahan, mungkin penonton nampak undian juri kepada kami tinggi tapi undian daripada penonton kita tak tahu... mungkin kurang.

"Kita kena faham konsep rancangan realiti memang macam itu... apa-apa pun saya dah buat yang terbaik dan kita move on sahajalah. Kalau cakap banyak pun benda itu tak akan berubah kerana pemarkahan itu sudah diaudit.

hariz 3

Hariz letak harapan mahu merangkul gelaran juara LCK3.

"Saya pun terima keputusan dengan hati terbuka. Tiga pasangan yang lain pun memiliki peluang sama untuk menang dan mungkin rezeki kami hanya ditempat kedua," katanya kepada mStar.

Pada konsert akhir LCK3 yang bersiaran di TV3 pada malam Ahad lalu, Hariz dan Wanie menyampaikan lagu Akan Ku Tunggu.

Tipulah kalau kata tak rasa kecewa, ada la sikit sebab memang target nak menang, nak jadi juara!

HARIZ FAYAHET

PESERTA LCK3

Untuk persembahan kedua, mereka menyanyikan single baharu berjudul Seribu Gundah dan menerima markah tertinggi daripada juri Ajai dan Mas Idayu iaitu sebanyak 95 peratus.

Hariz dan Wanie membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan hamper tajaan penaja.

Sebelum itu menerusi Twitter, penonton mempertikaikan keputusan pentas akhir LCK3 yang memihak kepada Syafeek Ikhwan dan pasangannya, Zazo.

hariz 2

Syafeek Ikhwan dan Zazo diangkat sebagai juara LCK3.

Meskipun pada awalnya timbul kekecewaan kerana tidak merangkul juara, Hariz berkata dia tetap berpuas hati kerana berjaya memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

"Tipulah kalau kata tak rasa kecewa, ada la sikit sebab memang target nak menang, nak jadi juara.

"Tapi apa-apa pun saya berpuas hati dapat buat yang terbaik dan dapat standing ovation serta markah tinggi dari ketiga-tiga juri selepas persembahan ketiga.

"InsyaAllah saya percaya ada rezeki lebih luas untuk kami selepas ini, cuma harapan saya peminat akan terus menyokong karier seni kami," ujarnya.

Selain Mas Idayu dan Ajai, LCK3 turut diadili oleh Hael Husaini. Ia dihoskan oleh Ain Edruce dan Kamal Adli.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain