suria

“Awalnya mengandung!” - Isteri Ayie Floor88 terima komen sinis bunting pelamin, kesuburan mungkin punca cepat hamil

Ayie dan Tasha bersyukur dikurniakan rezeki zuriat dalam tempoh terdekat selepas berkahwin.

BERITA bunting pelamin dan kehamilan isteri vokalis kumpulan Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen.

Namun disebalik perkhabaran gembira itu, ada juga suara sumbang mempersoalkan mengenai usia kandungan dan tempoh perkahwinan pasangan ini yang baru memasuki dua bulan.

Tidak berkecil hati dengan pertanyaan sensitif itu, Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengakui sudah terbiasa dengan pelbagai komen daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayie (Floor88) tak sangka isteri bunting pelamin, teruja bakal jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ayie Floor88 dah ‘off market’ selamat bergelar suami Tasha Awie

Lebih-lebih lagi dia memahami kedudukan suaminya yang merupakan seorang selebriti dan dikenali ramai.

"Sejujurnya tak ambil hati pun baca komen netizen itu sebab dah biasa tengok komen-komen negatif macam tu.

ayie 3

Tasha tidak berkecil hati dengan komen negatif daripada netizen.

"Cuma kalau melibatkan isu keluarga yang tak boleh dipertimbangkan baru la saya akan buat sesuatu.

"Tak apa la saya maafkan mereka yang tulis komen negatif macam tu. Hidup kena tenang-tenang sahaja, apabila doa yang buruk-buruk takut benda tu akan berbalik pada orang yang cakap tu," katanya kepada mStar.

Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian semua. Doa yang baik-baik, insyaAllah doa baik itu akan kembali kepada anda juga!

TASHA AWIE

ISTERI AYIE FLOOR88

Sebelum itu, menerusi Instastory Tasha memberitahu dia menerima banyak pertanyaan netizen mengenai kehamilannya yang kini berusia sembilan minggu.

"(Ramai tanya) eh awalnya mengandung? Ini semua rezeki Allah bagi pada saya dan saya pun tak sangka secepat ini. Mungkin sebab subur?

"Masa nikah sampai hari kelima saya period (datang haid) dan rezeki yang kita dapat ni tak patut dipertikaikan. Sentiasalah bersyukur.

ayie 2

Pasangan ini tidak sabar menanti cahaya mata pertama mereka.

"Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian semua. Doa yang baik-baik, InsyaAllah doa baik itu akan kembali kepada anda juga," ujarnya.

Pada Khamis lalu, Ayie berkongsi berita gembira kehamilan isterinya itu selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.

Ayie memaklumkan Tasha sudah hamil sembilan minggu dan teruja kerana bakal bergelar bapa muda.

Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkahwin dengan Tasha pada 21 Oktober lalu.

Sekadar informasi, bunting pelamin merupakan istilah yang digunakan kepada wanita yang hamil sejurus selepas perkahwinan dan usia kandungan lebih lama dari tempoh perkahwinan itu.

Dalam sudut perubatan, doktor akan mengira usia kandungan dari tarikh hari pertama seseorang wanita datang haid serta last menstrual period (LMP) dan bukannya tempoh hubungan kelamin dilakukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain