suria

Upiak Isil pegang pesan ibu jangan sedih selepas tersingkir, mahu balik Indonesia selesaikan projek filem

Upiak akur dengan keputusan yang diberikan pada malam tersebut.

SEAKAN tidak memahami kehendak juri, Upiak Isil berkata dia kurang pasti mengapa persembahan duetnya bersama penyanyi jemputan Usop menjadi punca penyingkirannya daripada program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Kata Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, dia tidak mempunyai sebarang masalah menyanyikan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy ketika sesi latihan.

"Kami berdua banyak lakukan latihan bersama dan tidak mempunyai masalah daripada segi pembahagian lagu. Saya tak pasti apa kekurangan persembahan pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Upiak Isil akhirnya tersingkir GV8, Ramli MS anggap Usop kurang ‘effort’ sebagai pasangan duet

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Ram nasihat Upiak Isil tukar corak persembahan, jangan selesa sebab tidak tersingkir

"Saya sudah berikan yang terbaik, tetapi kita tidak boleh mengingkari takdir. Apa pun keputusan yang diberi sudah menjadi ketentuan jalan hidup kita," katanya kepada mStar.

Upiak ditemui selepas berakhirnya konsert minggu keenam GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

SDFFG

Upiak berkata dia dan Usop tidak mempunyai sebarang masalah ketika sesi latihan.

Sebelum ini mStar melaporkan juri tetap Datuk Ramli MS berkata, Upiak dan Usop tidak menepati konsep nyanyian duet yang menjadi tema persembahan pada minggu keenam.

Malah Ramli berkata Usop sebagai rakan duet gagal membantu Upiak untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi kerana mereka dilihat tidak serasi ketika di pentas.

Bagaimanapun Upiak berkata dia tetap berlapang dada dengan keputusan juri selain mengakui sudah bersedia berdepan penyingkiran.

Saya akan sambung membuat lagu, keluarkan sebuah single dan teruskan dengan projek filem yang masih tertunda.

UPIAK ISIL

PENYANYI

"Saya sudah persiapkan diri dengan penyingkiran sejak minggu lepas lagi. Saya telefon mak minta dia doakan saya, dan dia berpesan supaya jangan bersedih jika tersingkir.

"Ini merupakan satu pertandingan, pasti akan ada kemenangan dan kekalahan. Saya bersyukur kerana berjaya bertahan sampai enam minggu kerana saya pada asalnya hanyalah penyanyi komedian sahaja," katanya.

Apabila ditanya tentang perancangannya selepas tersingkir daripada GV8, Upiak berkata dia ingin memberi fokus kepada karier kerana sudah banyak projek yang sedang menanti.

CSDFGRT

Upiak akan terus bekerja menyiapkan segala projek yang tertunda sebelum ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang itu dia tetap akan terus berkarya dalam bidang nyanyian dan bakal muncul dengan sebuah single.

"Saya akan sambung membuat lagu, keluarkan sebuah single dan teruskan dengan projek filem yang masih tertunda. Sebab mereka tunggu saya pulang.

"Jadi plan saya selepas ini adalah untuk selesaikan segala kerja yang sudah tertunggak ini terlebih dahulu," ujarnya.

Pada malam persembahan konsert GV8 minggu keenam Upiak menyanyikan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy semasa konsert minggu keenam meraih markah terendah iaitu 56.3 peratus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain