suria

Baby Shima kesal niat ikhlas kumpul dana untuk mangsa banjir dipersoal, dituduh menunjuk-nunjuk beri bantuan

Baby Shima dihentam teruk dengan kecaman kerana menjual baju di TikTok.

NIAT murni penyanyi dangdut Baby Shima menjual pakaian terpakai miliknya di aplikasi TikTok dipersoalkan segelintir netizen.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata usahanya dalam mengumpul dana dengan menjual baju terpakai dilakukan secara ikhlas tanpa niat menunjuk-nunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima jual baju ‘show’ di TikTok, kumpul dana bantu peminat terkesan banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas mangsa banjir minta Ardell Aryana datang semula, nak balas budi dengan buah hasil pokok depan rumah

"Ramai mengambil kerja tuhan, bila saya menari mereka kecam dan maki. Apabila saya ingin menolong mangsa banjir pun di kecam dan dihina.

"Manusia ni bila kita tunjuk kita menolong orang, dituduh riyak. Malah dihina hanya kerana kekurangan diri kita.

"Bila kita bantu secara senyap-senyap, mereka kata tak turun padang," katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, Shima menjual baju ‘show’ secara atas talian dan hasil daripada jualan tersebut disalurkan kepada mangsa banjir yang terkesan terutama peminatnya di Shah Alam dan Klang.

Memandang dia kini berada di kampung halaman di Johor, ini merupakan cara yang paling mudah untuk Shima mengumpul dana secepat mungkin.

Jangan cari kesalahan orang lain, kesalahan kita sendiri pun banyak cuma tak sedar.

BABY SHIMA

PENYANYI

Dalam pada itu, Shima berharap agar masyarakat tidak menilai usaha seseorang yang mahu membantu hanya daripada penampilan dirinya.

Penyanyi lagu Lalai ini juga meminta orang ramai agar berhenti mencari kesalahan individu lain.

553 (1)

Baby Shima menjual baju terpakai miliknya untuk membantu mangsa banjir.

"Janganlah menilai apa yang didermakan oleh seseorang itu hanya daripada disebabkan kesalahan atau penampilannya. Kita manusia biasa tiada hak pun nak menilai orang tu baik atau tidak.

"Jangan cari kesalahan orang lain, kesalahan kita sendiri pun banyak cuma tak sedar," ujarnya.

Artikel Lain