suria

Bekas anggota TUDM mohon maaf tuduh Ariz Ramli sindir ATM, mengaku salah tafsir ‘posting’ Hari Kebangsaan

Ariz Ramli bertemu dengan bekas anggota TUDM yang tersinggung dengan perkosiannya sebelum ini.

ENGGAN memanjangkan kontroversi, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Raeiz Hamed akhirnya bersemuka dengan penyanyi rap Ariz Ramli bagi menyelesaikan salah faham antara mereka.

Malah Raeiz turut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Ariz, 33, berhubung kenyataannya sebelum ini yang menuduh selebriti itu menyindir pasukan keselamatan berhubung isu bantuan banjir.

Video permohonan maaf itu dikongsikan Ariz di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariz Ramli tak puas hati dituduh sindir pasukan keselamatan, ikhlas rindu nak tengok aset kerajaan di Hari Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ariz Ramli mahu taja netizen jumpa doktor pakar periksa ‘hati’, geram dituduh ‘main wayang’ bantu mangsa banjir

“Alhamdulillah saudara Raeiz bekas TUDM terima jemputan untuk berdepan hari ni tentang isu askar, bomba, polis, APM, dan YDP Agong.

“Pihak saya terima permohon maaf dan kita pun minta maaf kalau ada yang terasa dengan posting tentang merdeka dan aset negara. Posting tersebut dan soalan tentang aset adalah isu yang sangat serius dengan situasi sekarang.

“Tiada unsur kutuk atau nak jatuhkan pasukan, cuma kita nak sangat tahu... mana semua aset yang hebat itu? InsyaAllah, kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis, bomba, askar, dan APM untuk bantu mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Saya dan Caprice pun tak nak memanjangkan perkara ini kerana kita semua mempunyai misi dan niat yang sama.

RAEIZ HAMED

BEKAS ANGGOTA TUDM

Terdahulu Raiez memuat naik video di media sosial dengan menuduh Ariz menyindir pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di bawah naungan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Tuduhan Raeiz itu dibuat berdasarkan tindakan Ariz berkongsi beberapa keping foto aset pasukan keselamatan termasuk ATM, Bomba serta PDRM dipercayai sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia.

Bersama posting berkenaan Ariz menulis dia rindukan suasana sambutan hari kemerdekaan hingga menimbulkan pelbagai tafsiran negatif ketika negara berdepan musibah banjir.

Sementara itu Raeiz berkata dia sememangnya tersinggung dengan perkongsian Ariz itu namun mengakui tersalah tafsir hingga mendakwa selebriti itu cuba menentang pasukan keselamatan.

TG

Raeiz akui tindakkannya itu agak keterlaluan dan memohon maaf pada Ariz.

"Setelah mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak dari hati ke hati, saya nak menjelaskan bahawa Caprice tak ada menentang mana-mana pihak. Mungkin ada orang yang salah faham anggap nampak ini macam personal attack.

"Saya mengaku terasa dengan posting tersebut dan menganggap ia sebagai satu sindiran. Mungkin approach untuk highlight benda ini agak keterlaluan, tetapi saya dah terangkan kepada Caprice tentang apa yang ingin disampaikan dan meminta maaf.

"Saya dan Caprice pun tak nak memanjangkan perkara ini kerana kita semua mempunyai misi dan niat yang sama. Jadi selepas ini kita fikir bagaimana untuk permudahkan usaha orang lain," kata Raeiz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain