suria

Harith Iskander bawa bot sendiri selamatkan 12 mangsa banjir, mohon maaf persoal peranan ATM

Harith meminta maaf atas kenyataannya yang menyoal peranan ATM.

ISU Harith Iskander mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir semakin reda apabila pelakon dan pelawak itu akhirnya tampil memohon maaf.

Menerusi permohonan maafnya, Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 53, berkata pertanyaan tentang fungsi anggota ATM itu timbul kerana menurutnya pada ketika itu bilangan pasukan keselamatan dalam membantu mangsa banjir masih kurang.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro tegur Harith Iskander jangan merintih di media sosial tuduh ATM tak bantu mangsa banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Sharifah Shahirah jadi pusat transit barang bantuan mangsa banjir, rakan artis hulur sumbangan minta simpan rahsia

DFGHJYJU

Harith menjelaskan mengapa persoalan tentang keberadaan ATM itu timbul.

"Minta maaf kalau tweet saya menyinggung perasaan. Untuk penjelasan, waktu itu saya berada di ‘ground zero’ dengan bot sendiri, sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.

"Bomba, polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya fasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan," kata Harith dalam satu ciapan di laman Twitter.

Tambah Harith, dia mengakui tulisannya di Twitter agak kurang jelas hingga menimbulkan salah faham banyak pihak.

“Apabila melihat balik kepada tweet itu saya mengaku mungkin tweet saya tak cukup jelas. Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak angkatan tentera pada waktu dan tempat saya turun padang di empat lokasi sahaja.

“Penduduk dan abang bomba yang saya jumpa di sana pun confirm kepada kami yang ATM belum sampai lagi pada waktu itu.

Adakah mereka hanya akan bertindak apabila bencana banjir ini diisytiharkan sebagai darurat?

HARITH ISKANDER

PELAWAK

“Saya memang menghormati anggota ATM setinggi-tingginya,” katanya menerusi penjelasan panjang lebar di Instagram.

Beberapa hari lalu, Harith membuat kenyataan di Twitter mengatakan dia tidak melihat anggota ATM berada di kawasan yang terjejas seperti Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Katanya lagi, kenderaan Amphibia merupakan suatu kemudahan yang amat diperlukan dalam misi menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

"Selama empat hari siang dan malam on ground zero di Shah Alam, Banting, Hulu Langat, saya tak nampak pasukan ATM hadir.

"Adakah mereka hanya akan bertindak apabila bencana banjir ini diisytiharkan sebagai darurat? Kenderaan Amphibia tentera amat berguna untuk menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda," katanya.

Dalam pada itu, sebagai seorang anak kepada bekas tentera, pelawak Shahrol Shiro turut memberi respons terhadap dakwaan Harith berkenaan ATM.

Kata Shahrol, ini bukan masanya untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak ketika misi bantuan sedang giat dijalankan di kawasan terjejas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain