suria

Mak Wan Latah sempat tunai umrah sebelum naik pelamin kali kedua, mahu fokus buat ibadah

Mak Wan tidak dapat gambarkan bagaimana perasaannya apabila berpeluang menunaikan umrah buat kali kedua.

KURANG sebulan sebelum menamatkan zaman janda pada Januari depan, pelakon veteran Mak Wan Latah bersyukur apabila diberi kesihatan yang baik untuk terlebih dahulu menunaikan umrah.

Ujar Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 60, walaupun sedang dalam persiapan menanti hari bahagia pada 15 Januari depan, dia mahu fokus dalam melakukan ibadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mak Wan jatuh pengsan semasa 'live', Didie Alias terpaksa hentikan rancangan - “Dia terkejut dapat tajaan tunai umrah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semput menjadi-jadi, badan rasa sakit” - Mak Wan Latah alami demam berpanjangan tapi bukan Covid-19

Ini merupakan kali kedua Mak Wan menunaikan umrah sejak Disember 2015.

Ini merupakan kali kedua Mak Wan menunaikan umrah sejak Disember 2015.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dan adik dapat tunaikan ibadah umrah. Ini merupakan kali kedua saya menunaikan umrah, jadi dah tahu apa yang sepatutnya dibawa.

"Memang tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan saya apabila diberi peluang sekali lagi untuk ke sana. Saya ni pendosa... seorang yang tak sempurna, tetapi mungkin Allah mendengar doa saya.

"Jadi bila Didie Alias beritahu saya ditaja untuk menunaikan umrah, terus tak dapat jalan dan pengsan. Begitulah perasaan seorang ibu tua apabila diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah," katanya kepada mStar sebelum berangkat.

Mak Wan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada kira-kira pukul 11 malam, Sabtu.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu sebelum ini pernah jatuh pengsan selama lima minit setelah dimaklumkan menjadi penerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah.

Detik cemas itu dikongsi oleh pelakon Didie Alias yang menyaksikan insiden itu semasa siaran langsung dalam sebuah program di laman Facebook, pada Julai lalu.

Dalam pada itu bercerita tentang persiapannya menjelang hari bahagia, pelakon filem Tuan Besar dan Serampang Tiga itu berkata dia dan bakal suami merancang untuk melakukan majlis pernikahan secara sederhana.

Mak Wan yang dirisik pada 14 November lalu berkata majlis pernikahannya nanti akan diadakan secara sederhana di kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Sebelum menerima pinangan itu, saya bertanya kepada adik beradik dan juga anak-anak sama ada mereka okay atau tidak.

MAK WAN

PELAKON

“Saya buat ala kadar sahaja, lagipun sudah berumur... takut apa pula orang kata nanti. Tak boleh buat apa-apa sangat kerana masih terikat dengan beberapa penggambaran selepas itu.

“Majlis belah lelaki pula akan diuruskan oleh anak-anaknya di Kuala Pilah pada 29 Januari nanti,” katanya.

Apabila ditanya tentang penerimaan keluarganya tentang jodoh keduanya ini, Mak Wan berkata dia meminta pendapat keluarga serta anak-anaknya terlebih dahulu sebelum menerima pinangan tersebut.

Jelas Mak Wan, anak-anaknya tumpang gembira kerana kini ibu mereka tidak keseorangan.

Mak Wan dirisik oleh pihak lelaki dan bertunang pada 14 November lalu.

Mak Wan dirisik oleh pihak lelaki dan bertunang pada 14 November lalu.

"Sebelum menerima pinangan itu, saya bertanya kepada adik beradik dan juga anak-anak sama ada mereka okay atau tidak.

"Mereka sukalah maknya ada kawan, kalau tak saya tinggal seorang diri je kan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain