suria

Upiak Isil akhirnya tersingkir GV8, Ramli MS anggap Usop kurang ‘effort’ sebagai pasangan duet

Upiak dan Usop berduet menyanyikan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy.

SETELAH enam minggu bertahan, akhirnya Upiak Isil tersingkir dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy semasa konsert minggu keenam meraih markah terendah iaitu 56.3 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Upiak gugup sampai lupa lirik gara-gara fikir komen netizen, dapat markah tercorot

ARTIKEL BERKAITAN: Upiak Isil mengaku malas mandi, tak rasa rimas... Pernah cecah 10 hari tak jirus badan!

Menurut juri tetap Datuk Ramli MS, nyanyian Upiak pada malam Ahad tidak menepati konsep persembahan duet yang menjadi tema pada minggu ini.

270098957_3112695559004944_4744302207701510476_n

Duet Suki bersama Khai Bahar menjadi hingga menerima markah tertinggi minggu ini.

"Kekurangan dia adalah konsep duet itu dia buat macam menyanyi bersendirian. Pasangan duetnya juga kurang memberi effort dalam persembahan.

"Mungkin Usop kekok dengan nada kedua yang perlu diambil, jadi dia mengambil jalan yang mudah dengan menyanyi secara unison.

"Memang tak salah, tetapi jika dia mengambil second voice itu markahnya akan tinggi.

Kekurangan dia adalah konsep duet itu dia buat macam menyanyi bersendirian.

RAMLI MS

JURI TETAP

"Apabila dia tak pasti dan mengambil keputusan untuk menyanyi secara unison, markahnya akan jadi rendah," kata Ramli.

Penyingkiran Upiak seperti sudah dijangka apabila penyanyi kelahiran Indonesia itu sering mendapat markah rendah sejak beberapa minggu lalu.

Pada konsert minggu kelima, nasib masih menyebelahi Upiak walaupun memperoleh markah tercorot kerana pihak produksi mengambil keputusan untuk tidak membuat searang penyingkiran.

Sementara itu, Suki Low mendapat markah tertinggi iaitu 83.7 peratus manakala Aliff Aziz 76.2 dan Adibah Noor 71.9 peratus.

270209040_618012389435858_820398246399218570_n

Persembahan bertenaga daripada Adibah Noor bersama Ali Sariah (Masdo).

Dalam minggu keenam Suki menyampaikan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang nyanyian Fiq, Aliff (Belenggu Rindu/Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita) dan Adibah Noor (Tanya Sama Itu Hud Hud/Datuk M. Nasir).

Selain Datuk Ramli MS, dua juri tetap lain ialah Datuk Syafinaz Selamat dan Heyty Koes Endang bersama seorang juri jemputan Jennifer Thompson.

Anugerah Digi Next Level pada minggu ini dimenangi oleh Suki manakala pemenang Cuckoo ialah Sa.Ya.

Juara GV8 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tempat ketiga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain