suria

Wanita warga emas lari berkaki ayam dalam lumpur minta bantuan, Azhan Rani sayu tengok sendiri kesusahan penduduk pedalaman

Azhan terasa sayu apabila melihat wanita warga emas tersebut berlari untuk mendapatkan bantuan.

KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkaki ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banjir di Mentakab, Pahang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Seperti yang diceritakan pelakon Azhan Rani, 45, wanita berkenaan berlari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi bantuan banjir di Kampung Batu Kapor Bawah 6 di Mentakab, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tenang je ‘Frontliner’ dikritik, tak sangka untuk tayangan Netflix - “Skrip ke laut dalam... boring”

ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi - “Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu”

"Saya nak kongsikan sikit satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tempat ni agak jauh ke dalam sikit berbanding rumah lain yang juga alami kerosakan teruk akibat banjir yang hampir sampai mencecah ke bumbung.

"Nampak makcik tudung biru ini berlari berkaki ayam tak hirau dah apa yang dia pijak.

270065614_615442129657767_7773262726182242493_n

Wanita warga emas tersebut datang berlari ke arah mereka untuk mendapatkan bantuan banjir.

"Masa ni saya baru nak alihkan kereta nak cari parking, mungkin dia ingat kami nak gerak pulang sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun," tulis Azhan di Instagram.

Tambah Azhan, dia sendiri merasa sayu tatkala melihat keadaan rumah wanita berkenaan yang musnah akibat banjir baru-baru ini.

"Rumah dia kat belakang lagi dari kawasan becak tu. Setakat semalam belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia hancur musnah roboh akibat banjir, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.

"Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik redah air paras dada masa nak selamatkan diri haritu... tiada harta benda yang dapat diselamatkan.

Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

AZHAN RANI

PELAKON

"Apabila terfikir apa yang dia makan, macam mana dia tidur... memang boleh buatkan saya termenung. Betapa jijiknya kita kalau masih nak merungut tentang erti susah," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.

"Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.

"Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

270354597_1574777792886436_8141251574020945764_n

Azhan dan kumpulannya menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk di sekitar Kampung Batu Kapor.

"Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya," ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan.

"Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.

"Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur. Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong mangsa banjir yang sangat memerlukan.

"Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini. Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain