USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja menumpang publisiti atas apa sahaja isu tular yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Vida, 50, menafikan mengenai perkara itu selepas foto bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menerima kecaman netizen. Bukan berniat mengambil kesempatan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sebagai personaliti media sosial dia harus mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku di dalam negara. ARTIKEL BERKAITAN: Geram isu harga ikan siakap tak masuk akal, Vida mahu belanja mangsa teraniaya - “Jangan buat orang tak boleh makan siakap!” ARTIKEL BERKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti - “Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil” "Saya selebriti kontroversi, isu viral sentiasa ada kaitan dengan saya... macam isu siakap kebetulan saya ada di Langkawi, dah alang-alang saya post la. Bukan saya sengaja terbang ke sana untuk dapatkan publisiti. Vida sudah lama mengenali Rina Harun. "Macam isu Yang Berhormat (YB) Rina Harun pula, kami memang kenal antara satu sama lain. Dah kebetulan bergambar bersama jadi saya post saja la, bukan nak ambil kesempatan. "Sejujurnya saya ni begitu dekat dengan media sosial, jadi apa sahaja isu saya kena tahu... di sinilah tempat seseorang itu jatuh atau naik," katanya kepada mStar. Sebelum itu menerusi Instagram Vida memuat naik foto bersama Rina dan menulis kapsyen meminta netizen tidak menulis komen negatif terhadap ahli politik itu. Bukan saya nak back up dia... mungkin dia tak ada penasihat media jadi bagi saya la jadi penasihat dia! VIDA USAHAWAN KOSMETIK "Tak baik dok kutuk-kutuk YB. No sindir-sindir please," tulisnya. Gara-gara perkongsian itu, netizen berpendapat Vida seolah-olah sengaja mencelah dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Sebelum ini, video Rina mencuci kawasan longkang dan koridor yang dilihat bersih di sebuah sekolah menjadi tular kerana dianggap sekadar berlakon untuk tujuan bergambar. Vida sebelum ini turut mengulas mengenai isu harga ikan siakap mahal di Langkawi. Bagaimanapun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan penjelasan berhubung video berkenaan memaklumkan Rina mencuci kesan najis unggas dan cicak. Dalam pada itu, Vida turut menawarkan diri untuk menjadi penasihat media sosial kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu. "Bukan nak ambil kesempatan nak minta projek ke atau sengaja nak bodek. Jujur saya cakap dia sangat baik, memang banyak perancangan nak bantu ibu tunggal dan wanita tapi apabila timbul isu macam ni sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia. "Bukan saya nak back up dia tapi itu la hakikatnya... mungkin dia tak ada penasihat media sosial jadi bagi saya la jadi penasihat dia," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!