SETELAH sekian lama menanti akhirnya komposer Loque menimang cahaya mata lelaki pertama pada 23 Disember lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar, 43, berkongsi wajah anak keempatnya itu selepas lebih seminggu bayi berkenaan dilahirkan. Mengekalkan tema klasik untuk nama anak-anaknya, Loque berkata bayi lelaki tersebut diberi nama Gema Lela Bimasakti. ARTIKEL BERKAITAN: MonoloQue beri sentuhan gamelan dalam versi baharu lagu malar segar 'Legenda' ARTIKEL BERKAITAN: Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat "Alhamdulillah syukur kerana dengan kehendak dan Izin-Nya pada 23 Disember lalu kira-kira pukul 5.12 petang kami sekeluarga dianugerahkan seorang putera," tulisnya. Dalam pada itu Loque yang juga vokalis kumpulan MonoloQue melahirkan rasa terima kasih kepada isterinya, Dahlia Nadirah. Loque luah rasa syukur dikurniakan cahaya mata lelaki. "Tiada yang lebih bererti buat bondanya di atas perjuangan serta kemenangan bertarung nyawa ini. "Jutaan terima kasih juga kepada keluarga, rakan dan semua yang telah memanjatkan doa buat kesejahteraan kami sekeluarga," katanya. Tiada yang lebih bererti buat bondanya di atas perjuangan serta kemenangan bertarung nyawa ini. MONOLOQUE PENYANYI Rata-rata peminat dan netizen turut memuji wajah comel dan nama unik bayi tersebut. "Alhamdulillah tahniah moga Gema Lela Bimasakti dan ibunya sihat sebaiknya. Hasil perkahwinan Loque dan Dahlia Nadirah mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. "A beautiful traditional name. Tahniah Loque dan Dahlia. "Tahniah Loque atas kelahiran putera sulung," demikian antara komen netizen. Menerusi perkongsian hidup bersama Dahlia Nadirah, pasangan itu sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Anggerik Dang Jelita, 8, Seroja Dewi Harapan, 4, dan Melor Pelangi Merdu yang berusia dua tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!