suria

Kak KM bawa bayi jumpa doktor, terkejut usia 10 hari sudah tumbuh gigi- “Dia kata biarkan sahaja”

Bayi perempuan kak KM tumbuh gigi.

JARANG sekali berlaku apabila bayi yang baru dilahirkan mempunyai gigi.

Namun itu yang terjadi kepada bayi perempuan kepada usahawan kosmetik Kak KM yang baru berusia 10 hari.

Cerita Kak KM atau Liana Rosli, 40, dia juga terkejut saat melihat gigi bayi perempuannya, Cinta Carissa mula tumbuh di bahagian bawah pada hari kedua kelahirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam tahan sakit, Kak KM bersalin bayi seberat 3.8 kg - “Saya minta supaya tak potong dan jahit”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu subur... Kak KM nak ‘tutup kilang’ lepas bersalin anak keempat - “Saya harap boleh ajar dia buat bisnes”

"Pada hari kedua dah nampak, kita memang terkejut. Apabila dia menangis boleh nampak gusi dia macam ada putih-putih.

"Anak saya yang ketiga tu beritahu macam ada gigi. Sehari dua selepas tu gigi dia nampak lebih jelas.

"Apabila saya berkongsi di Instagram ada pula orang komen dengan mengatakan benda ni jarang sangat berlaku. Ikut kepercayaan mereka keadaan ini menunjukkan bayi ni bawa tuah, bawa rezeki yang besar. Minta-minta benda tu betul la," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Cinta Carissa merupakan cahaya mata keempat Liana yang dilahirkan pada 22 Disember lalu secara normal.

Untuk info, pertumbuhan gigi yang awal sejak dilahirkan digelar sebagai gigi Natal dan ia sangat jarang berlaku.

Mengikut kebiasaannya gigi akan mula tumbuh saat bayi memasuki usia enam hingga lapan bulan.

Semalam (Khamis) saya bawa untuk pemeriksaan, doktor kata tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

KAK KM

USAHAWAN KOSMETIK

Dalam pada itu Liana berkata dia sudah merujuk kepada doktor berhubung perkara itu dan dimaklumkan tiada yang perlu dirisaukan.

"Semalam (Khamis) saya bawa untuk pemeriksaan, doktor kata tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

"Baby kuat ni dia kata... doktor kata biarkan sahaja.

mian kak mskjmad

Kak KM bersama keluarga dan bayi perempuannya.

"Baby dah boleh meniarap dah boleh pusing badan sendiri. Doktor pun kata tak pernah jumpa baby macam ni," katanya.

Ketika ditanya tentang amalan berpantang, Liana memberitahu dia masih mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional selama 44 hari.

Menurutnya kesihatan dalaman wanita perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak memudaratkan diri pada masa akan datang.

"Dalam hal berpantang saya memang ikut betul-betul iaitu selama 44 hari. Kalau makan kena makanan yang kering... nasi dengan ikan bilis yang digoreng dengan bawang putih dan lada hitam. Itu je la lauk setiap hari.

"Saya memang tak akan keluar rumah. Suami yang siapkan makan dan minum," katanya.

Selain Cinta Carissa, perkahwinan Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan dua lagi anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain