suria

Sabronzo (Dolla) lali dikecam imej seksi - “Setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama”

Imej seksi Sabrina sering menjadi perhatian netizen.

SERING memuat naik foto berimej seksi, penyanyi Sabrina Rusli yang merupakan ahli kumpulan Dolla akui lali dengan komen dan kecaman netizen tentang penampilannya.

Mesra dengan panggilan Sabronzo, 26, dia berkata apa yang dilihat netizen adalah imejnya sejak dulu sebelum bergelar selebriti.

"Saya dah biasa dengan komen-komen macam tu. Kalau fasal pakaian... memang begini cara saya berpakaian sejak dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla bangga jadi artis ketiga Malaysia terpapar di kota New York - “Kalau tiada Covid-19, kami dah ke sana ambil gambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara”

"Saya hanya kekalkan identiti yang sama sejak dulu. Tak ada yang berubah.

"Bagi saya jangan judge 100 peratus daripada imej seseorang. Kalau tak suka dengan dress up saya takkan saya nak paksa mereka support saya," katanya kepada mStar.

sab3

Sabrina akui sering mendapat komen dan kecaman netizen.

Ujar Sabrina, setiap orang mempunyai cara dan perjalanan hidup masing-masing dan dia memilih untuk mengenakan imej sebegitu.

Namun katanya dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berubah atau sekurang-kurangnya mengurangkan imej seksi pada masa akan datang.

Saya hanya kekalkan identiti yang sama daripada dulu. Tak ada yang berubah.

SABRINA RUSLI

PENYANYI

"Iya la, moving forward setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama.

"Saya berpakaian seperti biasa saja. Namun pada masa depan apa sahaja boleh terjadi... just follow the flow.

Dalam pada itu bercerita tentang karier seni, Sabrina berkata dia mula aktifkan dalam dunia lakonan.

sab2

Sabrina kini mula aktifkan diri dalam dunia lakonan.

Dia yang baru menghabiskan penggambaran filem Pulau itu mengakui teruja dengan penglibatannya dalam dunia lakonan.

"Pengalaman Pertama berlakon filem Pulau.. sebelum ni dengan telemovie Dolla.

"Ada la rasa kekok sikit sebab benda ni memang lain daripada singing dan dancing.

"Saya banyak dapat nasihat daridapa pelakon lain dan team untuk membawa watak dalam lakonan saya. InsyAllah kalau saya nak fokus berlakon saya kena brush up bakat saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain