suria

Tiga tahun pandu kereta terpakai, Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000

Wani bekerja keras untuk memilik sebuah kereta mewah untuk diri sendiri.

IMPIAN penyanyi Wani Kayrie untuk memandu kereta baharu berjenama mewah akhirnya tercapai dengan pembelian sebuah Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

Menurut Wani atau atau sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 22, kereta berkenaan adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni.

Cerita penyanyi lagu Aksara Cinta itu lagi, ini merupakan kereta baharu pertama yang pernah dimilikinya setelah tiga tahun memandu kereta terpakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie dijangkiti Covid-19, alami simptom menyakitkan

ARTIKEL BERKAITAN:Wani Kayrie bukan ‘show off’ CGPA, sekadar buktikan tak lupa pelajaran - “Kalau nak kata riyak, tunggu keputusan 4 flat”

"Ini kira kereta baru yang pertama kerana sebelum ni pakai kereta secondhand selama tiga tahun untuk belajar.

270888372_467291708271364_3827992227901377330_n

Wani bersama ahli keluarganya.

"Alhamdulillah merasa juga untuk miliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh sendiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Wani memberitahu dia juga merujuk kepada rakan-rakannya sebelum membeli kereta mewah berkenaan.

Next target saya mungkin nak beli rumah untuk buat investment.

WANI KEYRIE

PENYANYI

"Saya ada ramai kenalan yang memang kaki kereta, jadi saya bertanya kepada mereka pros and cons kereta yang mahu dibeli ini.

"Selain itu saya nak belajar untuk tanggung kos sara hidup sendiri dan dalam masa yang sama, ia sebahagian daripada my wish list juga. Alhamdulillah Allah pulangkan segala usaha saya dengan rezeki yang agak besar," katanya.

Sementara itu pelakon drama Dayang Senandung ini juga berhasrat untuk membeli sebuah rumah bagi tujuan pelaburan dan membantu ahli keluarganya yang berada di Sabah.

"Next target saya mungkin nak beli rumah untuk buat investment, sebab keluarga saya masih sayangkan rumah yang kami diami sekarang ini.

"Saya juga mahu menolong ahli keluarga lain yang berada di Sabah. Ada dalam kalangan mereka yang hidup lebih susah daripada saya.

"Kalau ada rezeki lebih, mungkin saya akan bina sebuah rumah baru untuk nenek dengan keluarga yang lain," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain