DALAM diam, rupa-rupanya penyanyi Sharul Kamal sudah bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Raihan Amilin pada petang, Sabtu. Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sharul berkata dia sudah lama memendam perasaan terhadap isterinya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di syarikat rakaman Rusa Music Sdh Bhd. ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bergerak solo... Sharul Kamal kini cuba nasib bersama band DUNYA - “Saya kena buat sesuatu yang lain” Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata dia akhirnya beranikan diri menghubungi Raihan Amilin selepas bertemu di program Immortal Song pada Oktober 2020. Vokalis Drama Band, Aepul dan isteri yang juga aktres Leez Rosli antara tetamu yang hadir. "Saya tak pasti bila kami mula bercinta tapi kami dah kenal sejak 2012 di sebuah acara hiburan. Tapi waktu itu, sekadar tegur saja. "Ikutkan saya memang dah lama pendam perasaan suka pada dia. Lama juga saya perhatikan dia. Tapi tak berani nak luahkan perasaan. "Tapi saya beranikan diri untuk ajak dia keluar, selepas bertemu dengan dia di program Immortal Song. Ketika itu, dia bawa Floor 88," kata Sharul kepada mStar. Sebab itu waktu merisik dan bertunang itu tak ada orang tahu. SHARUL KAMAL PENYANYI Sharul sah menjadi suami kepada Raihan Amilin atau mesra disapa sebagai Amy dengan sekali lafaz pada 3.30 petang, Sabtu di Masjid Kota Raja, Klang. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung pengantin perempuan, Mohd Roszaimi dengan bersaksikan jurunikah serta dua orang saksi. Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini memberitahu keluarganya sudah menghantar rombongan merisik pada 27 April 2021. Manakala pada 3 Disember tahun lalu, Sharul mengikat tali pertunangan dengan Amy dalam sebuah majlis tertutup. Sharul dan Amy bernikah di Masjid Kota Raja, Klang. "Sebenarnya kami tak suka pun nak heboh-heboh. Sebab itu waktu merisik dan bertunang itu tak ada orang tahu. "Mula-mula ingat tak nak heboh pun, tapi fikir soal kahwin ini lebih baik kita beritahu. Alhamdulillah, akad nikah berjalan dengan lancar. "Sejujurnya memang berasa gemuruh juga sebelum nak nikah tapi syukur semuanya sudah selamat dan saya sah menjadi suami," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!