suria

Tiada lagi fesyen pelik, Aina Abdul mahu fokus susunan muzik AJL36

Busana Aina sentiasa menarik perhatian netizen.

DUA tahun berturut-turut tampil dengan penuh 'drama' dari segi busana dan persembahan, penyanyi Aina Abdul berkata dia bakal tampil dengan sedikit kelainan di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) akan datang.

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 29, kali ini dia hanya mahu fokus kepada susunan muzik untuk dua karyanya iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama penyanyi Khai Bahar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada maksud tersirat, Aina Abdul tetap bawa elemen darah pada baju ‘Semalam’ - “Warna merah sebagai sejarah yang masih ada dalam diri saya”

"Buat masa sekarang, saya tak ada rangka persembahan lagi. Tapi untuk AJL kali ini, nak tukar sikit permainan untuk tampil kelainan.

Aina 1

Lagu duet Aina bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta layak ke AJL36.

"Sudah dua tahun saya masuk AJL fokus pada baju dan persembahan. Jadi kali ini, nak lebih fokus kepada susunan muzik dua lagu itu.

"Terutama lagu Sepi... sebab ia lagu balada. Tapi baju yang akan saya pakai tetap akan mengikut jalan cerita lagu," katanya kepada mStar.

Selain dua karya Aina itu, antara 10 buah lagu yang berjaya ke pentas AJL36 iaitu Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga) dan Salahku (Yonnyboii).

Jadi kali ini, nak lebih fokus kepada susunan muzik dua lagu itu.

AINA ABDUL

PENYANYI

Saingan SFMM36 menyaksikan Naim Daniel layak ke AJL36 dengan lagu Purnama dan Lara nyanyiannya bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Selain lagu Lara, Haqiem turut mempertaruhkan lagu Mimpi nyanyiannya di pentas AJL36.

Dalam pada itu, Aina mengakui busana yang dipakai pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung pada Jumaat lalu merupakan comforter atau toto.

Aina 2

Aina memakai toto untuk persembahan SFMM36 pada malam, Jumaat lalu.

Aina berkata busana itu merupakan idea penggaya fesyen, Abu Saef dengan mendapat sentuhan pereka fesyen Masyadi Mansoor dan Shazleen Jalal.

"Memang saya pakai toto yang direka oleh dua pereka fesyen baharu yang saya anggap mereka orang yang sangat bijak.

"Lagu Sepi itu pun dicipta ketika saya sedang berada di atas katil. Bila stylish saya cadangkan menggunakan eleman toto, saya rasa menarik juga.

"Selain itu, ia mengambil inspirasi daripada lagu Sepi yang menggambarkan kebangkitan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain