suria

Noraniza Idris sedia beri laluan Amsyar Lee ke AJL36, tawar diri bantu persembahan ‘Intan Payung’

Noraniza percaya dengan bakat yang dimiliki penyanyi baharu, Amsyar.

MEMUJI vokal dan gaya persembahan Amsyar Lee ketika Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) baru-baru ini, penyanyi Noraniza Idris berkata dia sanggup melepaskan peluang untuk muncul di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tidak lama lagi.

Menurut Noraniza, 53, Amsyar berjaya menjiwai lagu Intan Payung dengan baik ketika menyampaikannya bersama Bunga.

"Lagu itu Amsyar dah bawa sampai ke final, rasa macam tak best pula untuk saya tiba-tiba masuk dan interrupt.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi fesyen pelik, Aina Abdul mahu fokus susunan muzik AJL36

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris dah jadi nenek, anak sulung timang ‘baby girl’ - “Panggil Umi tau, tak nak nanny la... tua sungguh rasanya”

"Kalau Amsyar yakin boleh bawa lagu itu lebih baik waktu final nanti.... saya beri restu dan tiada masalah langsung," katanya ketika dihubungi mStar.

Ketika (SFMM36) yang berlangsung pada Jumaat lalu, Amsyar menggantikan Noraniza yang pada ketika itu masih berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

271281017_130753256075742_5461047998850397309_n

Amsyar dipilih menggantikan Noraniza untuk membuat persembahan di Semi Final Muzik Muzik 36

Sementara itu Noraniza berkata dia tidak mengetahui bahawa syarikat rakaman Warner Music memilih Amsyar sebagai penggantinya.

"Waktu tunaikan umrah memang saya sentiasa berdoa semoga Bunga sukses dalam persembahan SFMM36. Saya sujud syukur apabila dapat tahu lagu Intan Payung dapat masuk ke final.

"Memang bagus suara Amsyar... vocal range dia luas, boleh bawa suara lelaki dan perempuan. Syabas kepada Warner Music kerana memilih orang yang tepat untuk gantikan saya.

Kalau Amsyar yakin boleh bawa lagu itu lebih baik waktu final nanti.... saya beri restu dan tiada masalah.

NORANIZA IDRIS

PENYANYI

"Ada part yang dia nyanyi tu memang sama macam suara saya sendiri. Amsyar nampak tak kekok untuk bawa lagu ini, gabungan dia dengan Bunga dalam persembahan itu pun nampak unik," katanya lagi.

Tambah penyanyi lagu-lagu etnik kreatif ini lagi, selaku penyanyi berpengalaman di pentas AJL dia sedia membantu pasukan lagu Intan Payung untuk ke final nanti.

"Kalau mereka perlukan khidmat saya, persediaan untuk persembahan perlu dilakukan lebih awal.

133940384_733463643978683_4408981840968026212_n

Noraniza berharap agar lagu Irama Malaysia mendapat tempat di AJL36

"Banyak perkara perlu diambil kira kerana saya nak jadikan satu persembahan itu penuh berjiwa dan bukan sekadar menyanyi dengan penari sahaja," katanya.

Sementara itu, Noraniza berharap agar lagu Irama Malaysia terus diberi peluang untuk berkembang di dalam industri muzik tanah air.

"Doa saya agar tahun 2022 ini buka lembaran untuk Irama Malaysia dalam industri muzik. Saya juga berharap lagu Intan Payung mendapat tempat di AJL36, tetapi kalau dapat tempat di hati peminat juga sudah memadai.

"Sebab dalam 12 lagu yang berjaya ke final, hanya Intan Payung sahaja satu-satunya lagu dalam kategori Irama Malaysia," ujarnya.

Selain Intan Payung, 11 lagu lain yang berjaya melangkah ke pentas AJL36 ialah Boneka nyanyian Ernie Zakrie, Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Khai Bahar, Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Salahku (Yonnyboii), Aewo (Shiha Zikir, Noki), Lara (Hael Husaini, Naeim Daniel, Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana), Cinta (Marsha Milan) dan Pelukan Angkasa (SOG, Shila Amzah).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain