suria

Khodi dan B-Heart bermain dengan emosi... Single ‘Tak Mahu’ cerita tentang dugaan dalam bercinta

Khodi pertama kali bekerjasama dengan B-Heart menerusi lagu Tak Mahu.

SELEPAS kejayaan lagu Lenggang, penyanyi Khodi kini tampil dengan single terbaharu bersama penyanyi rap B-Heart berjudul Tak Mahu.

Teruja dengan kolaborasi itu, Khodi atau nama sebenarnya Seri Khodijah Kamarul Bahrin berkata dia dan B-Heart sudah lama mengenali satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan single keempat... Khodi tak putus asa cipta nama sebagai penyanyi - “Saya kayuh perlahan-lahan dalam industri”

Penyanyi berusia 20 tahun ini juga bersyukur lagu itu juga mendapat sentuhan bersama penyanyi Amir Hasan dan Mingaling daripada MassMusic.

Khodi 1

Khodi tampil dengan lagu terbaharu.

"Saya gembira apabila dapat berkolaborasi bersama B-Heart. Sudah lama kami berkenalan dan lagu ini akhirnya menjadi lagu pertama gandingan kami.

"Pengalaman bekerjasama dengan Mingaling dan Amir juga cukup terbaik. Bermula dengan menetapkan susunan muzik paling sempurna, hinggalah bait-bait lirik indahnya, semua dilaksanakan begitu lengkap.

"Akhirnya kami berjaya menghasilkan lagu Tak Mahu mengikut corak dan karakter diri saya," kata Khodi kepada mStar.

Sudah lama kami berkenalan dan lagu ini akhirnya menjadi lagu pertama gandingan kami.

KHODI

PENYANYI

Dalam pada itu, B-Heart atau nama sebenanr Hairi Azrie Henri, 25, berasa teruja dapat menyanyikan sebuah lagu yang menceritakan tentang dugaan dalam bercinta.

Menurut B-Heart lagi, proses penghasilan lagi itu juga mudah berbanding rakaman lagunya sebelum ini namun akui sulit untuk mendapatkan inspirasi.

"Saya suka lagu ini kerana ia bermain dengan emosi dan dekat dengan jiwa. Rasa itu cukup terkesan menerusi penyampaiannya.

Khodi 2

B-Heart akui mudah jalani rakaman lagu Tak Mahu.

"Bahagian paling menarik bagi saya adalah bridge. Ia kerana, eksperimen vokal saya dan Khodi bersatu dengan sempurna.

"Proses rakaman lagu ini secara jujur tak begitu sukar berbanding rakaman lagu yang saya pernah lalui. Namun yang sedikit sulit adalah mendapatkan inspirasi.

"Seperti, bagaimana memulakan ayat dan habiskan luahan secara tulus serta tidak kompleks untuk cuba faham," ujarnya.

Untuk rekod, B-Heart pernah tampil dengan lagu Bilang Mama dan Selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain