suria

Hidap skizofrenia, Scha Elinnea perlukan teman untuk tidur

Scha berdepan masalah sukar tidur jika bersendirian.

GARA-GARA menghidap penyakit skizofrenia dan insomnia teruk, pelakon Scha Ellinea berdepan masalah sukar tidur pada waktu malam.

Menurut Scha, 21, keadaan itu menjadi lebih buruk jika dia bersendirian sehingga menyebabkan dia berasa takut dan perlukan teman.

"Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan takut dan rasa tak selesa... pernah kejadian saya seorang diri, dalam pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh guna ‘duit haram’ beli kereta mewah, Scha Elinnea nafi dibela ‘sugar daddy’ - “Ramai tak tahu saya bekerja sejak umur 15 tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap kongsi gambar seksi, Scha Elinnea akui sering diganggu lelaki berstatus suami orang

"Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.

"Bukan itu sahaja, kalau ramai orang sangat pun saya jadi nervous! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin," katanya kepada mStar.

scha 1

Scha masih dapatkan rawatan doktor.

Scha ditemui semasa sidang media program realiti terbaharu terbitan TV3, Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Pada Oktober lalu, Scha mendedahkan mendedahkan dia menghidap skizofrenia iaitu masalah kesihatan berkaitan mental dan kebimbangan melampau (anxiety).

Saya masih lagi berjumpa doktor sebulan sekali untuk pemantauan dan keadaan semakin baik

SCHA ELINNEA

PELAKON

Kata Scha, dia sudah lama mengalami masalah itu, namun keadaan menjadi semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebenarnya saya dah lama menghidap anxiety, sejak sekolah menengah lagi cuma saya tak kongsi dengan orang ramai.

scha 2

5 selebriti dalam program Master In The House Malaysia yang bakal bersiaran di TV3 bermula Sabtu depan.

"Paling teruk penyakit ini menyerang semasa PKP dulu, sampaikan saya masuk hospital selama dua hari. Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang menderita berpeluang untuk berkongsi tentang penyakit ini.

"Saya masih lagi berjumpa doktor sebulan sekali untuk pemantauan dan keadaan semakin baik. Syukur saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat... mereka ini memberikan kekuatan untuk saya melawan penyakit ini," ujarnya.

Bercakap mengenai Master In The House Malaysia, program ini akan memulakan siaran bermula Sabtu ini pukul 10 malam.

Selain Scha Elinnea, program ini turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain