suria

“Kalau penyanyi lain hancurkan lagu saya, pasti akak marah” - Adibah Noor akui tak hormat roh lagu Hetty Koes Endang

Adibah Noor terima komen Hetty Koes Endang.

TERBUKA menerima kritikan pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Adibah Noor mengakui kesilapannya mengubah susunan muzik lagu Berdiri Bulu Romaku.

Adibah, 51, berkata, dia sepatutnya menghormati roh dan melodi lagu asal serta mengekalkan kemanisan lagu tersebut biarpun dalam versi dikir barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang bersuara tegur nyanyian orang, Adibah Noor dah bersedia untuk dikritik - “Saya berani buat, kena berani terima”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Aliff Aziz anak emas Astro, asyik dapat lagu senang... Bella Astillah pula ‘panas hati’ suami dikritik

"Saya tidak rasa ia adalah satu kesalahan kerana saya cuba memberikan sesuatu yang berbeza. Percaturan saya adalah menyanyikan lagu itu dalam versi dikir barat. Tidak salah untuk ubah susunan muzik.

"Selepas mendengar kembali saya mula rasa salah terhadap interpretasi dan nyanyian pada malam tersebut. Kenapa tidak kekalkan kemanisan lagu itu walau dalam versi dikir barat?

"Saya sepatutnya menghormati roh dan melodi lagu asal. Jika saya kekalkan kemanisan pasti tidak akan tersasar jauh. Seperti mana saya bawakan lagu Jika dalam versi keroncong," katanya pada mStar.

Adibah Noor terima komen Hetty Koes Endang

Adibah akan lebih berhati-hati pada peringkat suku akhir

Pada konsert Ahad lalu, Adibah Noor menerima kedudukan tiga tercorot dengan markah 56.7 peratus.

Juri tetap program berkenaan Hetty Koes Endang selaku penyanyi asal lagu berkenaan menerusi komennya menganggap perubahan yang dilakukan Adibah dalam menyuntik elemen tradisonal kurang sesuai.

Saya sepatutnya menghormati roh dan melodi lagu asal. Jika saya kekalkan kemanisan pasti tidak akan tersasar jauh.

ADIBAH NOOR

PENYANYI

Sementara itu, sebagai seorang penyanyi profesional, Adibah berkata, dia terbuka menerima kritikan dan akan lebih fokus untuk persembahan suku akhir Ahad ini.

"Saya terima 100 peratus komen yang diberikan. Saya juga ada lagu sendiri, jika penyanyi lain hancurkan lagu saya, pasti saya juga akan marah.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak akan mengubah susunan. Cukuplah melakukan eksperimen sebelum ini. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

"Saya sudah sampai ke peringkat suku akhir dan harus fokus kepada penyampaian yang lebih baik.

"Saya perlu berikan perhatian peringkat suku akhir untuk masuk ke separuh akhir atau peringkat akhir," jelas Adibah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain