suria

Eyra Hazali hamil lima bulan, akan kongsi jantina anak kedua sebelum bersalin

Eyra beri kejutan kepada suaminya dengan meletakkan kit ujian kehamilan dalam kotak.

ANAK pertama baharu berusia setahun empat bulan, pelakon Eyra Hazali mengumumkan berita gembira dia kini hamil lima bulan.

Berkongsi perkara itu, Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali berkata, dia hanya mengalami alahan teruk pada dua bulan pertama sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali jalani pembedahan melibatkan tulang belakang tanpa suami di sisi - “Haziq ada perlawanan di Thailand, saya tak boleh tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai jasa ibu ayah besarkan 7 beradik, Eyra Hazali gembira akhirnya dapat hadiahkan kereta

"Alhamdulillah... saya kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan. Sekarang saya dah tak ada alami sebarang alahan.

"Cuma masa dua bulan pertama itu memang alami alahan teruk... sama seperti mengandungkan anak pertama sebelum ini," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Eyra berkongsi video dia memberi kejutan kepada suaminya iaitu penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli.

Menerusi video tersebut, Haziq membuka kotak yang diberikan Eyra dan terkejut melihat kit ujian kehamilan di dalamnya.

Haziq dilihat memeluk anak sulungnya, Muhmmad Hayder dan berkongsi berita itu dengan ahli keluarga melalui panggilan video.

Masa dua bulan pertama itu memang alahan teruk... sama seperti mengandungkan anak pertama sebelum ini.

EYRA HAZALI

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini memberitahu dia akan berkongsi jantina anak keduanya sebelum bersalin.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia juga merancang untuk melahirkan anaknya di Johor.

"Buat masa kini, kami masih merahsiakan jantina anak kedua ini. Insya-Allah saya akan kongsikan sebelum melahirkannya.

Eyra 1

Eyra rancang bersalin di Johor.

"Dalam video itu yang memperlihatkan Haziq sepak bola itu sekadar menunjukkan cara nak tahu jantina bayi kami. Tapi belum lagi diumumkan.

"Insya-Allah saya memang rancang nak bersalin di Johor. Cuma sekarang ini, saya berada di Kuala Lumpur sebab Haziq di Dubai untuk pre-season," ujarnya.

Eyra berkahwin dengan Haziq pada 1 November 2019 dan dikurniakan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain