KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak Ebby Yus semakin baik apabila dia dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu. Bagaimanapun menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi penyakit buah pingangg dan jantung. "Alhamdulillah... tak ada apa pun yang perlu dibimbangkan, sudah tiga hari saya keluar daripada hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah diserang sakit jantung dalam ‘flight’, keadaan kesihatan Ebby Yus semakin baik ARTIKEL BERKAITAN:Ebby Yus tolak tawaran penderma buah pinggang, kesihatan semakin baik - “Saya alami enam penyakit tapi semuanya masih terkawal” "Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk penyakit lain pula selepas ini. "Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengkak dan bacaan kreatinin buah pinggang pun naik sedikit," katanya kepada mStar. Ebby bersyukur ramai rakan dan peminat yang mendoakan kesihatannya. Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan musnah dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu. Akibat daripada kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000. Dalam pada itu ditanya tentang proses pembersihan tapak rumahnya itu, pelakon filem This Is Pilah ini berkata ia tergendala kerana keadaan jalan yang tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan. Apabila ada kawan dan peminat bertanya khabar, itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat. EBBY YUS PELAKON Kata Ebby, tanah di kawasan rumahnya perlu periksa semula kerana banyak perubahan yang telah berlaku selepas dilanda banjir. "Saya tak boleh nak buat apa sangat di atas tanah rumah kerana terhakis akibat daripada banjir. Nak kena ukur balik sebab strukturnya dah lari dan perlu tambak semula. "Kalau ada rezeki selepas ini, memang saya nak bina semula rumah di atas tanah itu. "Sekarang ini mereka kena betulkan keadaan sungai terlebih dahulu, kemudian baru la kenderaan boleh keluar dan masuk untuk proses pembersihan kawasan rumah saya," katanya. Keadaan rumah Ebby di Hulu Langat yang lesap akibat banjir. Biarpun berkali-kali diuji, Ebby tetap bersikap positif dan menghargai rakan artis serta peminat yang mendoakannya. "Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan, itu pun sudah dikira sebagai satu bantuan juga... syukur Alhamdulillah. "Apabila ada kawan-kawan dan peminat yang bertanya khabar, pada saya itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat selain daripada kuasa Allah," katanya. Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya. Pada Oktober lalu, dia mengalami serangan jantung di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah di Makkah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!