suria

Kaki Nabila Razali lebam gara-gara tersandung, tanggung malu depan tetamu - “Sakit hanya satu peratus sahaja”

Nabila lebih berasa malu berbanding sakit kaki.

MALU... Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘live’ dipuji, Nabila Razali akui hasil masuk kelas vokal hari-hari - “Kali ini mungkin saya serap apa cikgu ajar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tiada gimik untuk lagu baru” - Nabila Razali senyap-senyap keluar Putus, hadiah untuk peminat sempena hari lahir

Akibat dari insiden tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam namun tiada kecederaan yang serius.

"Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersandung itu, ada lebam sikit.

"Tak ada apa yang serius... sakit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

"Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu," kata Nabila kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila jatuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian netizen.

Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Biarpun terjatuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa sakit hilang disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap insiden tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

Nabila 1

Nabila dibantu dua orang selepas tersandung.

"Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sakit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

"Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi... Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu.

"Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain