suria

Zul Ariffin jual bengkung, peminat kecewa aksi dukung dan peluk wanita bertudung

Peminat Zul Ariffin menyuarakan kekecewaan mereka di ruangan komen di Instagram.

AKSI manja dan romantik pelakon Zul Ariffin bersama seorang wanita dalam sebuah video iklan yang dimuat naik pada Selasa menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, pelakon filem Sangkar berkenaan mesra berpelukan, berpegangan tangan selain dilihat mendukung wanita bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pramugari ini buat peminat Zul Ariffin patah hati, rupa-rupanya dah tiga tahun kenal

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin bimbang terlebih ramah dengan heroin baharu, jadi bahan gosip - “Takut orang fikir bukan-bukan, kesian dekat mereka”

Clipboard

Ramai yang kecewa melihat aksi mesra Zul bersama seorang wanita dalam iklan tersebut.

Difahamkan Zul, 35, membawa watak sebagai pasangan kekasih bagi mempromosikan produk bengkung edisi istimewa Zul Ariffin.

Bagaimanapun, aksi berkenaan menerima kritikan orang ramai kerana disifatkan sebagai kurang manis untuk tontonan umum di media sosial.

Selain itu, iklan tersebut juga dianggap tidak sesuai dengan standard aktor berkenaan sebagai pelakon yang mempunyai kelas tersendiri.

Tak sesuai langsung imej bertudung tetapi peluk-peluk macam tu

NETIZEN

Namun ada juga segelintir meluahkan rasa kecewa melihat penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 itu bermesra dengan wanita lain.

"Tak sesuai langsung imej bertudung tetapi peluk-peluk macam tu.

"Zul Ariffin tak kan la standard berlakon iklan macam tu je?

271160911_3131723670406781_1310048086359469749_n

Zul dilantik sebagai duta produk bengkung.

"Betul ke atau iklan sahaja? Kalau betul nak kahwin semoga dipermudahkan, tak boleh dah nak excited minat gila dengan Zul Ariffin," komen beberapa netizen.

Video berkenaan kini menerima lebih 70,000 tontonan dan 300 komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain