suria

Lagu sangkut, cover album pula tak keluar! Tuju K-Clique kecewa hasil kerja dua tahun tidak seperti diharapkan

Paparan pada platform digital yang tidak betul untuk album solo pertama Tuju.

BARU sahaja melancarkan album solo pertama, panyanyi hip hop Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album selepas dimuat naik di platform digital.

Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, memberitahu hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuju K-Clique menangis setiap malam fikir nasib diri - “Saya dalam keadaan jiwa pusing... lihat seakan tiada masa depan

ARTIKEL BERKAITAN: Tuju K-Clique bangga Loca B tetap gigih berlatih biarpun sibuk jaga anak - “Dia dapat masuk AJL35 atas rezeki anak kami

"Saya kecewa kerana cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital.

"Saya yang cipta sendiri lagu dan kulit album itu dan saya tahu bagaimana rupanya. Ia tidak seperti yang saya gambarkan," luah Tuju.

Tuju kecewa hasil kerja dua tahun jadi begini

Tuju kesal pihak berkenaan masih tidak selesaikan masalah pada album solonya.

Anggota kumpulan K-Clique ini, bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak dan berharap masalah itu akan segera diselesaikan pihak berkenaan.

"Perkara ini diluar kawalan saya. Saya hanya boleh beritahu dan minta bantuan. Semoga ia dapat diselesaikan.

Saya kecewa kerana cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital.

TUJU K-CLIQUE

PENYANYI RAP

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Ini tahun baru, cuma nak beri semangat untuk bekerja dengan betul dan punya kejujuran.

"Hari ini (6 Januari) masih sama. Mungkin esok akan dibetulkan," kata Tuju.

Album berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19 itu mengandungi tujuh buah lagu dan boleh didengar di platform digital bermula 31 Disember lalu.

Album ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Tuju.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tuju, K-Clique

Artikel Lain